Sunday, May 20, 2012

Tinggalkan Lima Perkara

Tinggalkanlah lima perkara ini:

1. Tinggalkan pandangan yang liar, nescaya kamu akan tekun dan khusyuk.
2. Tinggalkanlah perkataan yang berlebih-lebihan, nescaya kamu akan mendapat hikmat dan menjadi orang yang bijaksana.
3. Tinggalkanlah makan yang melampaui batas, nescaya kamu akan sihat dan rajin melakukan ibadah.
4. Tingggalkan melihat cacat (aib) orang lain, nescaya kamu akan lebih mengenal cacat sendiri.
5. Tinggalkan penyelidikan yang terlampau mendalam tentang Zat Allah, nescaya kamu terhindar dari keraguan-keraguan dan kemunafikan.

Tangisan kita menjadi rahsia

Jika kita menangis & merintih kerana kehilangan harta, pangkat ataupun orang yang disayangi,
tangisan itu akan meninggalkan kesan bengkak & sembap di mata kita,
dan mudah disedari oleh orang sekeliling.

Namun, jika tangisan itu datangnya kerana penyesalan tidak terhingga atas perlakuan yang lalu, memohon keampunan Allah & tangisan ketika bermunajat seorang diri kepadaNya di malam hari, yakinlah bahawa tangisan itu hanya Dia sahaja yang tahu.
Tiada sebarang tanda yang dapat dikesan bahawa kita menangis di hadapanNya malam tadi.
Kerana tangisan itu menjadi rahsia antara kita denganNya.

Tarbiyah

Bila diri diduga
Hingga adakalanya terlalu berat untuk menanggungnya
Perasaan derita yang akan memenuhi segenap jiwa

Namun,
Sebenarnya putaran waktu ketika itu bukanlah derita
Tetapi tarbiyah...
Tarbiyah dalam mencari hikmah yang tersimpan
Rindu untuk sujud mengharap bantuanNYA

Sifat Mukmin

“Berdoalah agar kita diberi nikmat penglihatan yang baik dalam melihat keindahan ciptaanNYA,
juga diberi pendengaran yang baik dalam menerima larangan & suruhanNYA,
juga diberi bibir/mulut agar ia basah dengan zikrullah & ucapan syukur yang tidak pernah putus dengan segala rezeki yang mencurah diberi kepada kita”

Sebaik-baik raja, sebaik-baik tentera

Hanya sebahagian kecil contoh…

Sabda Rasulullah SAW ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq, "...Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." (Hadis riwayat Imam Ahmad)

Contoh 1
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh. Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadisnya itu.

Contoh 2
Suatu ketika, dalam perjalanan menuju ke Constantinople, tentera al-Fateh melalui sebuah kebun anggur yang besar dan buahnya sedang masak ranum. Namun, sebelum melalui kebun tersebut, al-Fateh telah mengingatkan tenteranya supaya jangan diambil anggur itu walaupun sebiji.
Perjalanan diteruskan hingga sampai di suatu tempat, mereka berehat. Setelah didirikan khemah dan berehat, pembantu al-Fateh keluar dari khemah dengan wajah yang sugul dan memanggil semua tentera berkumpul. Para tentera diberitahu bahawa al-Fateh telah jatuh sakit. Setelah diteliti oleh tabib, ubat yang diperlukan adalah sebiji anggur. Maka dia bertanya kepada seluruh tentera, siapa yang mempunyai buah anggur, kerana jika tidak, mungkin al-Fateh akan terus sakit dan mati. Malangnya, tiada seorang pun tenteranya mempunyai buah anggur. Lalu tahulah al-Fateh, bahawa tenteranya bukan sahaja kuat dari segi fizikal, malah rohani mereka juga. Benarlah, tidak seorang pun dari tenteranya yang mengingkari perintahnya. Maka keluarlah al-Fateh dr khemah, dan memuji tenteranya dan menerangkan kepda mereka maksud sebenar.

Mampukah tentera hari ini mencontohi kehebatan tentera Islam di zaman al-Fateh

Redha

Dengan nama Allah atas diriku, hartaku, dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku ini rela dengan apa-apa yang Engkau tentukan dan berikanlah berkat untukku dalam segala yang sudah ditakdirkan kepadaku sehingga aku tidak menginginkan cepatnya sesuatu yang Engkau perlambatkan atau perlambatkan sesuatu yang Engkau percepatkan.

Redha Ibu Bapa

Sabda Rasulullah saw : “sesiapa yang membuat ibu bapanya gembira (memberi keredhaan) maka sesungguhnya ia mendapat keredhaan Allah swt. Sesiapa yang menyakiti hati ibu bapanya, maka sesungguhnya ia mendapat kebencian Allah swt”

(HR Bukhari)

Rahmat Allah

“Apa jua jenis rahmat yang dibukakan oleh Allah kepada manusia, maka tiada suatupun yang dapat menahannya,
dan apa jua yang ditahan oleh Allah, maka tidak ada pula yang dapat melepaskkannya sesudah itu”

Perjalanan Hidupmu BersamaNya

ALLAH did not promise that life would be easy,
but HE did promise to go with you..every step of your life,
with HIM by your side..

Perbaiki Kekurangan Diri

“Terkadang kita perlu diam.
Terkadang kita perlu mengalah.

Usah disiakan masa, dalam mencari kesalahan yang lain.
Usah digembar gemburkan kelemahan orang sekeliling.

Fokuslah pada kekurangan diri, & perbaikilah satu per satu.
Dengan izin Allah, kita mampu melangkah setapak mendekatiNYA.
Dan ingatlah, setapak kita menghampiriNYA, seribu tapak DIA mendekati kita”

Penyesalan Sehari

“Perkara yang paling aku menyesal dalam sehari ialah apabila tenggelamnya matahari,
Umurku berkurang, tetapi amalanku tidak bertambah”

[Ibn Mas’ud r.a.]

Penyebab Rosaknya Badan

Cara Rasulullah saw menghindari & menyembuhkan penyakit : Penyebab rosaknya badan

Perkara yang menyebabkan rosaknya badan iaitu perasaan runsing, gelisah,
lapar & tidak tidur malam (bukan tujuan qiamullail)

Orang Mukmin itu...

Orang mukmin itu, jika dia melihat, dia mengambil pelajaran.
Orang mukmin itu, jika dia berbicara, dia berzikir.

Seseorang yang berilmu, punya kesabaran
Dan tahu menggunakan ilmunya untuk mencari penyelesaian
Bukan menambah masalah yang sedia ada.

Mutiara Salaf

Salah seorang ulama ditanya :
“Mengapa perkataan Salafus Shalih lebih bermanfaat dari perkataan kita?”, maka iapun menjawab :

“Kerana mereka berbicara untuk kemulian Islam, untuk keselamatan jiwa, untuk mencari redha Allah Yang Maha Pemurah, sedangkan kita berbicara untuk kemuliaan diri, mencari dunia dan mencari keredhaan mahluk”

[Sifatu Sofwah karya Ibnul Jauzi 4/122]

Mudahkanlah...

Daripada Anas bin Malik r.a, Nabi Muhammad saw bersabda;

“Permudahkanlah, jangan menyusahkan, tenangkanlah dan
janganlah melakukan sesuatu yang menyebabkan orang menjauhkan diri daripada kamu.”


[HR Bukhari & Muslim]

Menghadirkan Roh Solat

Mencari khusyuk di dalam solat…

Suatu ketika, seorang hamba pernah ditanya mengenai keadaan solatnya. Lalu hamba Allah ini mengatakan:

“Sesungguhnya apa yang kukatakan ini bukanlah untuk membuka amalanku yang selama ini menjadi rahsia antara aku & Allah.
Tidak akan ada nilainya amalan berjiwa riya’ di sisiNya, melainkan perbuatan itu hanyalah sia-sia.
Pernyataan ini tidak lain, hanya dikongsikan kepada sesiapa yang mencarinya & mampu untuk dirinya.
Apa yang kuamalkan adalah bersesuaian dengan keadaanku hari ini”.

Sebelum solatku, aku menghadirkan diriku lebih awal sebelum masuknya waktu solat.
Akan aku putuskan perasaanku, hatiku & perbuatanku mengenai urusan kerja duniawi.
Memastikan setiap anggota tubuhku berada dalam siap sedia.
Memusatkan perhatian, diri & rohani pada tempat solat kerana sebentar lagi aku akan berhadapan secara terus dengan Tuhanku & Dia akan Memerhatikan solatku.

Semasa solatku, sebaik mengangkat takbir, aku serahkan seluruh hatiku kepada Allah, kerana aku sedar aku adalah milik mutlakNya.
Sebaik mula melafazkan bacaan, telingaku mendengarkan apa yang diucap oleh mulutku.
Mataku membayangkan ayat-ayat yang sedang kulafazkan.
Akalku mentafsirkan bacaanku.
Hatiku membenarkan & mendoakan.
Dan anggotaku dipastikan tetap berada pada kedudukannya masing-masing.
Tidak sekali-kali aku berbicara dengan diriku kerana perkara itu akan membuatkan aku lalai & leka.

Selesai solatku, aku menyemak lafaz, perbuatan & niat seperti yang telah diajar & cuba memperbaiki jika aku sedar akan adanya kesilapan yang aku lakukan, & berusaha untuk tidak mengulanginya lagi.
Sekian-sekian waktu, aku akan menyemak bacaan, tajwidku kepada orang yang lebih tinggi ilmu agamanya.
Aku memperbanyakkan solat-solat sunat bagi melatih diriku dalam menambah-sempurnakan solatku.
Bermunajat di malam hari, mohon keampunanNya atas kekhilafanku ketika menunaikan hakNya.
Juga mohon diberikan ilham agar dapat memperbaiki lagi solatku agar diterima olehNya, hendaknya.

Namun, suka aku mengingatkan, tunaikanlah tanpa rasa terpaksa…namun, solat itu merupakan satu kewajipan.

Lucu bukan?

Lucu bukan,
RM50 kelihatan begitu besar bila hendak dimasukkan ke dalam kotak di masjid, tetapi...
Tidak terasa bila dibelanjakan di pasaraya.

Lucu bukan,
30 minit dirasakan terlalu lama untuk berzikir, tetapi...
Pendeknya waktu untuk satu slot komedi.

Lucu bukan,
1 jam ber’iktikaf dalam masjid untuk proses ketenangan rohani, tetapi...
Betapa cepatnya cerita habis ketika menonton wayang.

Lucu bukan,
Mendengar khutbah Jumaat tertunduk tersengguk-sengguk, tetapi...
Mendengar lagu yang dinyanyikan idola berulang kali pun sanggup.

Lucu bukan,
Melihat jualan murah di dalam televisyen, tekun meneliti & mendengar sehingga habis, tetapi...
Dengar saja laungan azan, tak sabar-sabar nak menukar channel lain.

Lucu bukan,
Pasaraya yang jauh berkilometer sanggup pergi menaiki kereta, tetapi...
Surau/masjid beberapa tapak berjalan kaki sukar untuk sampai.

Lucu bukan,
Banyak bahan untuk bersembang dengan rakan taulan, tetapi...
Begitu ringkas merangkai doa tunduk bersyukur & terima kasih kepadaNya.

Lucu bukan,
Berteriak 90 minit sepanjang perlawanan bola sehingga serak suara, tetapi...
Hendak menghabiskan tarawikh dengan hanya menjadi makmum pun terasa payah.

Lucu bukan,
Berhabis duit melanggan majalah kegemaran setiap bulan, tetapi...
Senaskah al-Quran dibeli sekali seumur hidup jarang disentuh.

Lucu bukan,
Novel setebal beratus muka sanggup dihabiskan walaupun terpaksa bersengkang mata, tetapi...
Membaca ayat al-Quran 2,3 ayat sehari pun payah.

Lucu bukan,
Sanggup mengeluarkan duit membeli tiket konsert paling mahal asalkan dapat melihat artis pujaan secara dekat, tetapi...
Berebut mencari saf paling belakang bila solat berjemaah supaya dapat cepat keluar.

Lucu bukan,
Suka & tak sabarnya hendak menyebarkan pelbagai gossip, tetapi...
Beku bila diajak menyebarkan dakwah.

Lucu bukan,
Kita begitu cepat memforwardkan email berantai yang menyuruh kita melakukan perkara tidak munasabah, tetapi...
Sering mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran.

Inilah realiti kehidupan hari ini...
Usah memandang kepada orang lain...
Sebaliknya, berdiri di hadapan cermin...
Tanya diri sendiri...
Kita akan terus dipandang lucu oleh musuh-musuh yang memang bencikan Islam, ataupun...
Menukarkan 'lucu' itu kepada sesuatu yang perlu dipandang serius...

Law kana bainana

Makanan untuk jiwa kita…






























Ada pernah terfikir atau tidak…






























Sedang kita duduk berseorangan…






























Tiba-tiba…































Kita didatangi makhluk Allah swt, berdiri dihadapan kita…






























Yang mana dia juga kekasihNYA, Baginda SAW…






























Baginda memilih untuk duduk disebelah kita…































Dalam satu minit diberi peluang untuk berdua dengan Baginda SAW…































Apa yang ingin kamu katakan padanya?…
































... … …

































Maaf, ini bukan soalan menggugat akidah atau sebagainya…
Tetapi rohani kita memerlukan makanan & pengisian seperti ini…

Kita tahu & maklum, betapa sayangnya Baginda kepada umatnya...
Siapa umatnya?...
Bukan sahabat yang hidup bersama dengannya sahaja...
Malah, kita yang jauh terpisah selama 1400 tahun dengannya juga adalah umatnya...

Tetapi benarkah kita semua ini umatnya?...
Ajaran & sunnahnya ada kita ikuti?...
Apa bukti sayang kita pada Baginda?...

Setiap dari kita mengharap syafaat darinya di Padang Mahsyar nanti...
Tapi, pernah terfikir, siapa kita dengannya?...
Saudara? Kenalan rapat?...
Sedangkan pertolongan dunia pun rakan-rakan & saudara-mara sukar menghulur bantuan...
Inikan manusia yang jauh terpisah dengan jarak beribu tahun...

Namun, itulah janjinya...
Itulah kata-kata sayangnya kepada kita...
Apa tanda kamu menyayanginya?...

Berselawatlah apabila mendengar namanya disebut...
Amalkan sunnahnya yang sunat, apalagi yang wajib…

Alangkah indahnya dunia jika Baginda ada bersama kita…


............................................

Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

...................................................................................

Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....

Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu.

Kalau selalunya...Cuba kali ini kita ubah...

Kalau selalunya…
Setiap kali datang meraikan majlis perkahwinan, kita akan menghadiahkan pelbagai jenis hadiah seperti set pinggan mangkuk, blender & sebagainya…
Cuba kali ini kita ubah…
Menghadiahkan pasangan tersebut dengan buku-buku yang bermanfaat, khazanah yang tidak ternilai harganya

Kalau selalunya…
Sebelum tidurkan anak-anak, kita akan mendendangkan mereka dengan cerita-cerita dipanggil bedtime story, yang kadang-kadang lebih kepada alam fantasi semata-mata.
Cuba kali ini kita ubah…
Memperdengarkan mereka dengan cerita-cerita kehebatan pahlawan-pahlawan agung Islam yang mempertaruhkan nyawa demi menegakkan agama Islam yang suci. Ceritanya bukan fantasi, ia benar-benar terjadi & termaktub di dalam al-Quran

Kalau selalunya...
Hendak menidurkan anak-anak kecil dalam buaian, kita mendodoikan lagu-lagu nasihat...itu memang baik, namun..
Cuba kali ini kita ubah...
Kita dodoikan mereka dengan zikrullah, selawat kepada Baginda SAW.. bukankah menanam rasa kecintaan terhadap Maha Pencipta & junjungan besar, Nabi Muhammad SAW kepada si anak & juga kita?

Kalau selalunya...
Setiap kali datangnya hari jadi kita, rumah kita akan diadakan majlis harijadi menjemput kawan-kawan & bersuka ria mengadakan pelbagai agenda & acara...
Cuba kali ini kita ubah...
Masak untuk jumlah jemaah surau yang biasa datang ke surau, jamukan mereka & minta mereka adakan sedikit bacaan doa selamat untuk kesejahteraan kita & semua.

Dilahirkan sebagai manusia, apabila kerap kali kita diminta membantu & beri pertolongan, kita akan cepat jemu & muak.
Berlainan dengan sifat Allah SWT. DIA Maha Mendengar & sangat suka apabila kita selalu berdoa (meminta) kepadaNYA.
Selain tekad hati untuk berubah pada lebih baik, doa adalah senjata yang penting & ampuh untuk kita sebagai umat Islam.

JanjiMu Pasti Untuk Teman Hidupku

"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."

"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."

Ilmu Islam Diangkat

Di akhir zaman, ilmu akan diangkat dari permukaan bumi.
Semakin ke penghujung dunia, semakin hilang ilmu.
Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu ketuhanan & ilmu yang berkaitan dengan hukum syarak.
Sedangkan ilmu dunia, termasuk sains & teknologi tetap wujud & terus diminati.
Akan sampai masanya, ilmu agama diangkat ke langit & ditarik dari hati-hati orang Islam.
Akan sampai masanya, al-Quran hanya tinggal tulisan,
al-Quran lenyap dari hati orang Islam.
Akan sampai masanya, orang sudah tidak lagi menghormati ulama lagi.
Lihatlah keadaan hari ini...

...

Dari Abdullah bin Amr bin Ash, beliau berkata; “Saya mendengar Rasulullah saw bersabda:
‘Sesungguhnya Allah swt tidak mencabut ilmu dengan cara sekaligus dari manusia.
Akan tetapi Allah swt mencabut ilmu dengan cara mencabut (mematikan) ulama.
Sehingga kalau sudah tidak ada lagi orang yang berilmu agama,
orang akan mengangkat orang bodoh (jahil) sebagai pemimpin mereka.
Pemimpin itu ditanya (tentang hukum-hukum agama),
dan mereka pun mengeluarkan fakta tanpa ilmu.
Maka mereka sesat & menyesatkan orang lain. [HR Muslim]

Inilah tanda-tanda yang telah Baginda saw gambarkan manusia akhir zaman ini melalui hadith-hadith nya.
Masih banyak lagi hadith yang menceritakan tentang keadaan umat akhir zaman yang telah kita nampak jelas tanda-tandanya.
Ya Muhaimin, lindungilah kami ini…

Wednesday, May 2, 2012

Perindahkan Niatmu

Dalam satu peperangan menentang kaum kafir,
Saidina Ali r.a. telah bertempur sengit dengan salah seorang tentera kafir,
sehinggakan tentera kafir tersebut berjaya meloloskan dirinya.
Saidina Ali r.a. mengejar lelaki tersebut sehingga jatuh tersungkur semula ke tanah.

Saat Saidina Ali r.a. ingin membenamkan mata pedangnya ke dada musuh,
lelaki tersebut sempat meludah ke muka Saidina Ali r.a., sehingga membuatkan Saidina Ali r.a. marah.
Dalam keadaan itu, Saidina Ali r.a. menarik semula pedangnya & membiarkan lelaki itu melepaskan diri.

Para sahabat lain yang menyaksikan kejadian itu hairan, lantas bertanya kepada Saidina Ali r.a.,
“Ya Ali, apa yang telah terjadi sehingga kau melepaskannya begitu sahaja?”
Jawabnya, :Sesungguhnya aku keluar berjihad menghapuskan musuh Islam hanya kerana inginkan redha Allah”.
“Namun, setelah lelaki itu meludah mukaku, aku menjadi marah, & kerana marah itulah aku tidak membunuhnya”.

Adalah menjadi persoalan mengapa kerana marah, beliau membatalkan niat untuk membunuhnya.


Namun, jika anda bertanya kepada akal, akal ada jawapannya.
Jika bertanya kepada iman, iman juga mampu menjawabnya.
Hatta bertanya dengan nafsu sekalipun, nafsu akan memberikan jawapannya.

Anda mampu menilainya…

Sungguh wahai sahabat, betulkan niatmu dalam apa jua pekerjaan yang kamu lakukan.
Jadikan Allah sebagai puncak matlamat hidupmu.
Contoh ini contoh yang baik dipaparkan, namun hanya kerana niat sudah berubah,
balasan/ganjaran pasti berubah.
Apatah lagi kalau dicontohkan dengan tingkah laku kita hari ini…

Sebuah Pertemuan

Ketika diri mencari sinar
Secebis cahaya menerangi laluan
Ada kalanya langkahku tersasar
Tersungkur di lembah kegelapan

Bagaikan terdengar bisikan rindu
Mengalun kalimah menyapa keinsafan
Kehadiranmu menyentuh kalbu
Menyalakan obor pengharapan

Tika ku kealpaan
Kau bisikkan bicara keinsafan
Kau beri kekuatan, tika aku
Diuji dengan dugaan
Saat ku kehilangan keyakinan
Kau nyalakan harapan
Saat ku meragukan keampunan Tuhan
Kau katakan rahmat-Nya mengatasi segala

Menitis airmataku keharuan
Kepada sebuah pertemuan
Kehadiranmu mendamaikan
Hati yang dahulu keresahan

Cinta yang semakin kesamaran
Kau gilap cahaya kebahagiaan
Tulus keikhlasan menjadi ikatan
Dengan restu kasih-Mu, oh Tuhan

Titisan air mata menyubur cinta
Dan rindu pun berbunga
Mekar tidak pernah layu
Damainya hati
Yang dulu resah keliru
Cintaku takkan pudar diuji dugaan
Mengharum dalam harapan
Moga kan kesampaian kepada Tuhan
Lantaran diri hamba kerdil dan hina

Syukur sungguh di hati ini
Dikurniakan teman sejati
Menunjuk jalan dekati-Nya
Tika diri dalam kebuntuan

Betapa aku menghargai
Kejujuran yang kau beri
Mengajarku mengenal erti
Cinta hakiki yang abadi

Tiada yang menjadi impian
Selain rahmat kasih-Mu Tuhan
Yang terbias pada ketulusan
Sekeping hati seorang insan
Bernama teman

Sajak di atas sebenarnya adalah lirik lagu Sebuah Pertemuan nyanyian UNIC.
Diberikan oleh seorang sahabat yang dipertemukan cinta kami di rumahNYA.
Syukur dipanjatkan kepadaMU Ya Rahman, kerana Engkau kelilingi aku dengan orang-orang yang mendamba cintaMU...

Siapakah Yang Lebih Layak Menangisi Pemergiannya?

Pemandangan yang begitu cantik, suasana yang mengharukan…

Apabila ingin memberi khutbah, Baginda SAW akan berdiri menghadap para sahabat & berdiri memijak di atas tunggul pohon kayu.
Itulah tempat & perkara yang biasa dilakukan Baginda SAW sehingga para sahabat membina sebuah mimbar untuk Baginda.

Ketika menaiki mimbar & ingin memulakan khutbahnya, tiba-tiba kedengaran suara seperti anak kecil menangis (ada juga yang meriwayatkan seperti haiwan yang menangis ketika ingin melahirkan anak).
Tangisan itu jelas sehingga semua hadirin mampu mendengarkannya.
Kelihatan Rasulullah SAW pergi menghampiri tunggul yang pernah dipijaknya ketika memberi khutbah dahulu & Baginda mengusapnya sehingga berhenti tangisan tunggul itu.

Sesungguhnya, tunggul kayu itu terlalu sedih kerana Baginda sudah tidak berpijak berdiri di atasnya lagi.
Itu hanyalah tunggul kayu. Rasulullah tidak membelainya, bahkan memijak di atasnya.
Setelah khidmatnya tidak diperlukan lagi, teramat sedih tunggul kayu tersebut dengan pemergian Baginda ke tempat lain,
sehingga tangisannya didengari oleh para sahabat di situ…

Bagaimana pula dengan diri kita selaku manusia yang lengkap dengan akal & nafsu?
Bahkan, sebagai umat yang amat-amat disayanginya?

Renung ke dalam hati...

Islam Itu Mudah, Memudahkan...Namun Jangan Permudahkan

Salah satu peristiwa dalam sejarah Islam telah mencatatkan sebuah kisah yang bersesuaian dijadikan contoh kita hari ini, sesuai dengan tajuk diberi.

Dalam menginginkan anaknya membesar dengan didikan agama yang tinggi, Abdul Aziz telah meninggalkan anaknya, Umar di Madinah agar dia dapat menimba ilmu dengan tokoh-tokoh agama dari pelbagai bidang. Sholeh bin Kisan diamanahkan agar menjaga segala urusan keperluan anaknya sepanjang berada di Madinah.

Salah satu perkara yang sangat dititikberatkan oleh Sholeh adalah, memastikan Umar Abdul Aziz mengerjakan solat dengan berjemaah di masjid. Perkara ini tidak pernah diabaikan walau sekalipun.

Namun, suatu hari, Sholeh mendapati Umar lewat sampai ke masjid bagi solat berjemaah. Ditanya kepada Umar, apa yang telah terjadi sehingga dia lewat sampai ke masjid. Lalu Umar menceritakan:

"Selepas mandi tadi, saya ingin menyisir rambut saya. Tetapi sikat saya telah hilang. Puas saya mencarinya, barulah terjumpa. Itulah sebabnya saya terlewat ke masjid daripada biasa", jujur Umar menjawab tanpa berselindung.

Namun, bagi Sholeh, perkara ini tidak dianggapnya sebagai satu perkara yang remeh. Lalu, diutuskan sepucuk surat kepada Gabenor Abdul Aziz di Mesir bagi menanyakan pendapatnya mengenai perkara itu.

Abdul Aziz membalas surat itu, isi kandungannya menyatakan, segera dicukurkan kepala Umar sehingga botak agar dia tidak perlu lagi menyisir rambutnya.

Allahu Akbar...



Sungguh peristiwa yang begitu terkesan...sehingga terlalu banyak pengajaran yang tersirat di sebalik peristiwa ini, walaupun satu perkara sahaja yang menjadi tajuk iaitu SOLAT.

1.Solat adalah tiang agama, wajib dilaksanakan haknya. Namun, tidak dijadikan kewajipan solat berjemaah & solat di masjid. Namun, ganjaran bagi yang mengerjakannya begitu tinggi. Sungguh begitu, bagi Sholeh selaku penjaga Umar di Madinah, dia menjalankan amanah Abdul Aziz tanpa mengira kepentingan diri. Boleh sahaja dia tidak perlu menyusahkan dirinya bertungkus lumus membesarkan Umar sebegitu rupa.

2.Sholeh gigih mendisiplinkan Umar mengenai solat. Dari segi menjaga masa, tidak meninggalkan solat secara berjemaah, & tekun melakukannya setiap hari. Peranan sebagai seorang bapa tidak kurang hebatnya. Walau berada jauh dari anaknya, namun dia tidak melepaskan tanggungjawabnya. Demi mendisiplinkan diri anaknya, perkara-perkara yang menjadi halangan ke arah itu akan dihapuskan langsung peluangnya. Jika ianya berlaku pada hari ini, perkara itu mungkin dianggap enteng, mungkin juga bukan sebagai satu masalah yang perlu difikirkan, mungkin juga akan ditertawakan jika bertindak seperti apa yang dilakukan oleh Sholeh & Abdul Aziz. Tidak mustahil.

3.Sholeh adalah orang kebiasaan. Abdul Aziz adalah seorang Gabenor di Mesir. Umar adalah cicit kepada Khalifah Islam kedua, Umar Ibn Khattab. Namun, apa yang dikagumkan, mereka memandang diri mereka adalah sama taraf tanpa terikat dengan pangkat mahupun keturunan. Inilah yang diterapkan oleh Baginda SAW. Hanya takwa di sisi Allah yang membezakan maqam seseorang itu. Nilai agama yang ada dalam diri mereka terlalu tinggi sehingga nikmat dunia langsung tidak dipandang oleh mereka.

Masih ada pengajaran yang terselit di sini, namun terkadang sukar untuk diterjemah menerusi penulisan. Semoga kita dikurnia dengan pandangan mata iman hendaknya, insya Allah...

Daripada keadaan ini, kita kongsikan kesan sebahagian kecil yang mereka peroleh sehingga kenikmatan itu dirasai oleh kita hari ini:

1.Setelah melalui beberapa masa, Umar Abdul Aziz diangkat menjadi khalifah. Sebelum perlantikannya, para pemerintah & para ulama tidak sehaluan. Sumbangan para ulama dalam memperjuangkan ajaran Rasulullah SAW tidak dihargai, malah ada yang ditangkap, diseksa & dibunuh, namun mereka tekun meneruskan amanah Allah itu. Bila diberi fatwa, pemerintah berlaku zalim. Mereka sering berselisih pendapat sehingga menyebabkan para ulama menjauhkan diri dari pemerintah. Mereka tidak mahu bersubahat & berlaku zalim. Namun, setelah perlantikan Umar, jurang antara ulama,rakyat & para pemerintah dapat dipadamkan. Malah para ulama sering mendampingi pemerintah. Mereka sedia memberikan pandangan apabila diperlukan. Dalam mendidik para pembesar, menteri & pegawainya, Umar sering mengajak mereka berkumpul di masjid pada malam hari & disertai para ulama. Mereka berzikir bersama-sama & saling mengingatkan kematian sehingga mereka menangis keinsafan.

2.Bagi pertahanan negara, Umar tidak memerlukan tentera yang zalim. Sebelumnya, mereka dididik dengan melakukan kezaliman agar ditakuti oleh musuh mahupun rakyat. Namun setelah pemerintahan beralih kuasa, Umar menguatkuasakan arahan kepada tentera supaya diwajibkan ke atas mereka solat fardhu lima kali sehari semalam tanpa tertinggal tepat pada waktunya. Mana-mana tentera didapati melanggar waktu solat, dipecat serta merta. Kesannya, semua anggota tentera sebelum ini bersifat zalim telah menjadi anggota tentera yang lembut hatinya & lebih bertanggungjawab.

3.Sepanjang berada di Madinah dalam menjawat jawatan sebagai gabenor, Umar pernah disuruh menjadi imam solat berjemaah di Masjid Nabawi. Apa yang membuatkan hati terasa gentar, Anas bin Malik r.a., bukan sahaja tokoh sejarah Islam yang terkenal, malah pernah hidup pada zaman Rasulullah SAW, & Anas merupakan salah seorang sahabat Baginda yang berdamping rapat dengan Baginda SAW itu berkata, "Aku tidak pernah menjadi makmum di belakang imam setelah wafatnya Rasulullah SAW yang mana solat imam itu menyamai solat Rasulullah SAW, melainkan dia Umar Abdul Aziz yang mana ketika itu Umar adalah Gabenor Madinah. Peristiwa ini telah direkodkan oleh Zaid bin Aslam.

4.Hasil didikan penjaga & ayahnya, segala kemewahan & kesenangan yang dikecapi sedari kecil, ditinggalkan begitu sahaja, sehingga apabila Umar meninggal, beliau hanya meninggalkan 17 Dinar yang mana 5 dinar digunakan untuk membeli kafannya, 2 dinar bagi urusan tanah perkuburan, & 10 dinar dibahagikan kepada 11 orang anaknya. Beliau senang memilih kehidupan yang pernah dilalui Baginda SAW sungguhpun beliau seorang khalifah Islam yang besar ketika itu.

Lihatlah, perkara yang kita mungkin anggap mudah kerana mengatakan Islam itu mudah telah mendatangkan kesan begitu besar sekali. Dan lihatlah, perkara yang dicontohkan cuma satu, SOLAT. Belum masuk perkara-perkara wajib yang lain, perkara-perkara sunat... Subhanallah.
Mereka tidak pernah menganggap remeh tentang hukum agama, malah sangat berwaspada dalam melaksanakannya. Kerana mengharapkan redha Allah & melupakan nikmat dunia, tidak satupun perkara yang hanya sekecil zarah dibiarkan & dilepaskan peluangnya dari menggapainya.

Hargai...Syukuri...

Bersyukur untuk menghargai…

Hidup dalam dunia ini adalah untuk bersyukur,
Datangnya perkara kurang senang dalam hidup kita pun kita patut bersyukur,
Kerana perkara itu ujian dari NYA, menandakan DIA ingat & sayangkan kita,

Bersyukur pada orang yang menyakiti kamu kerana dialah orang yang menabahkan kamu
Bersyukur pada orang yang menipu kamu kerana dia yang meningkatkan pengetahuan kamu ,
Bersyukur pada orang yang x mengendahkan kamu kerana dialah yang memupuk kamu berdikari,
Bersyukur pada orang yang menjatuhkan kamu kerana dialah yang memperhebatkan kebolehan kamu,
Bersyukur pada orang yang menyeksa kamu kerana dialah yang menguji kesabaran kamu,
Bersyukur dengan segala ujian dariNya kerana semuanya meningkatkan iman kamu,

Jika kamu berlapang dada, tiada perkara yang akan menyempitkan hati kamu

Sunday, April 22, 2012

Perkahwinan - Antara Hukum & Adat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Menjadi Raja Sehari adalah satu perkara yang dinantikan kebanyakan anak muda.
Ianya dituntut dalam Islam bagi mengelakkan perkara-perkara haram berlaku seperti zina. Namun, Nikah adalah perkataan paling sesuai dalam Islam. Dalam Islam, rukunnya adalah mudah & tidak membebankan.

Tetapi dalam konteks kehidupan hari ini, menjadi persoalan kita, mengapa sukar untuk melaksanakannya? Jawapannya, adat terlalu dijunjung yang kadangkala membelakangi hukum.
Dalam kata lain, biar mati anak, jangan mati adat. Subhanallah...
Namun, keadaan ini masih boleh diperbetulkan jika ada yang berani untuk mengubahnya & memudahkannya segaris dengan kehendak Islam.

Antara perkara yang biasa dilakukan dalam majlis perkahwinan:

1. Budaya melamar: Perkara ini lebih menjuruskan kepada pasangan itu sendiri. Hari ini,ianya lebih dikenali dengan budaya proposal. Budaya itu hanya diamalkan oleh orang barat. Sebagai umat Islam & orang timur, berjumpa dengan keluarga, nyatakan hasrat untuk mengahwini anak perempuan. Ia lebih sopan & terelak dari fitnah & dosa. (jika berdua-duaan)

2. Membalas hantaran: Mengikut adat, jika lelaki menghantar 5 dulang, pihak perempuan perlu membalas 7 dulang. Jika lelaki menghantar 11 dulang, perempuan membalas dengan 13 dulang. Jika adat mengatakan begini, Islam mengatakan apa? Sepertinya keadaan itu seolah-olah sudah terikat dengan kita. Hantaran itu adalah hadiah dari satu pihak kepada pihak pasangan. Apa jua bentuk hadiah, hatta bilangannya, terpulang kepada si pemberi. Yang menerima harus rasa bersyukur & berterima kasih di atas pemberian tersebut.

3. Duit hantaran: Semakin tinggi pelajaran seorang perempuan itu, semakin tinggilah nilai duit hantarannya. Perkara itu juga antara tajuk utama yang dibualkan, tujuannya ingin tahu & membandingkan dengan orang lain. Tidakkah saudara menyingkap semula perkahwinan yang berlaku pada zaman Nabi SAW dahulu? Terlalu banyak jika hendak dicontohkan. Ada yang menjadikan baju perang, penguli tepung, & tidak kurang kulit kambing sebagai hadiah kepada pasangan. Adakah memberi kesan tidak elok kepada pasangan jika memberikan barangan seperti itu? Malah, kehidupan mereka dirahmati & diredhai.

4. Bersanding: Tempat untuk berdiri & duduk dalam beberapa ketika kadangkala memakan belanja ribuan ringgit. Tidak mustahil puluhan ribu ringgit. Alangkah suatu pembaziran telah berlaku! Isteri yang telah dinikahinya dipertonton di khalayak ramai dengan memperagakan pakaian yang menarik perhatian. Kecantikan seorang isteri itu hanya untuk suaminya, bukan untuk dikongsi bersama orang lain.

5. Menepung tawar & merenjis: Perkara ini adalah perkara yang harus dijauhi, kerana ianya adalah budaya yang diamalkan dalam agama Hindu. Ia bertujuan untuk penyucian jiwa bagi pasangan yang baru berkahwin. Tolonglah saudara, tinggalkan jauh perkara ini atau akan jatuh syirik jika kita masih mengamalkannya.

6. Berinai: Ianya adalah hiasan wanita. Berlaku perkara ketika di zaman Baginda SAW, yang mana (secara ringkasnya), ketika berurusan dengan wanita hanya melalui huluran tangan dari tabir, para sahabat tidak dapat membezakan tangan antara lelaki & wanita. Lalu Baginda SAW membenarkan wanita menghiasi tangannya dengan berinai dengan tujuan mudah dikenali bahawa tangan itu milik wanita. Lalu, dari mana datangnya adat lelaki mengenakan inai 3 jari di tangannya? Begitu juga wanita, mengapa harus diukir tangan itu dengan pelbagai ukiran yang menarik? Tahukah saudari, ianya diakui sebagai tatu yang bersifat sementara oleh kebanyakan ulama hari ini? Dan pasti saudari arif hukum pemakaian tatu dalam Islam, bukan?

7. Mencukur kening: Demi ingin kelihatan cantik di hari bersejarahnya, sanggup melakukan apa sahaja termasuk perkara dilarang. Berlebihan dalam berdandan adalah tidak digalakkan, inikan pula melakukan perkara yang telah diharamkan. Jauhilah perkara ini walaupun saudari berkata itulah sekali sahaja dilakukan seumur hidup. Carilah rahmat Allah, bukannya menempah laknat Allah.

8. Pakaian mengikut badan: Pernah saya datang sekadar meninjau beberapa kedai baju pengantin untuk kajian saya. Apabila ditanyakan, 'ada tak saiz baju yang longgar & selesa dipakai?'. Dan ini jawapan bagi semua kedai yang saya kunjungi: 'Pakai longgar-longgar tak cantik, dik. Adik cuba dulu pakai, nanti kakak boleh fitting baju adik ikut saiz badan adik. Adik tak nak nampak cantik ke masa kahwin adik nanti?'. Kakak, biar tak cantik pada pandangan orang, tapi cantik pada pandangan penduduk di langit sana...

9. Jurusolek: Kebanyakan (tidak semua) yang menjurus kepada bidang andaman adalah dari golongan lelaki seperti wanita. Termasuklah sebagai jurusolek. Bakal-bakal pengantin, sedarkah saudari? Mereka sebenarnya adalah lelaki. Walau naluri mereka halus, namun harus diingat. Nafsu mereka tetap ada sebagai lelaki. Aurat saudari & mereka tetap ada batasan. Bersentuhan, melihat aurat saudari...saudari merelakan? Bakal suami, tegar kamu membiarkan bakal isterimu dilihat & disentuh orang lain selain kamu?

10. Jurugambar: Budaya jurugambar hari ini juga saya lihat, suka mengambil gambar ketika pengantin perempuan sedang bersiap/berdandan. Ditambah pula, jurugambarnya adalah lelaki. Allahu Akbar! Bagaimana keadaan ini boleh terjadi & terus dibiarkan? Kemudian gambar-gambar ini dialbumkan atau di'post' ke dalam facebook masing-masing. Sekali lagi, si suami. Apakah awal perkahwinan kamu, sudah banyak dosa yang kamu terpaksa tanggung?

11. Adegan bergambar suami isteri: Buatlah apa sahaja sebagai kenangan akan datang. Di mana sahaja, di atas pelamin, bilik pengantin, di luar rumah berlatar-belakangkan panorama menarik. Bukankah perlakuan itu hanya menjadi rahsia antara suami isteri? Tidak usahlah dipamerkan pada khalayak ramai. Cukup menjadi rahsia kamu berdua sahaja.

12. Karaoke: Tanpa muzik, majlis perkahwinan tidak meriah. Dijemput kumpulan penyanyi bagi memeriahkan lagi majlis tersebut. Kemudian, diajak pula pasangan pengantin tadi mendendangkan lagu bagi menambah keserian majlis. Perkara ini tampak remeh. Namun, mengundang musibah sebenarnya. Cuba dilihat dari segi pergaulan, bercampur lelaki perempuan. Lagu yang dimainkan sejak dari pagi sehingga ke petang, sudah pasti melalaikan. Bukan tidak boleh menyerikan majlis dengan bentuk hiburan. Apa salahnya jika memasang lagu-lagu nasyid yang memuji Allah, selawat-selawat, burdah. Bukankah lebih aman & harmoni?


Ini hanyalah beberapa perkara yang disenarai-pendekkan, yang dianggap biasa oleh masyarakat kita hari ini. Fikirlah saudara, di manakah datangnya rahmat & barakah dariNYA jika kita sendiri yang menempah musibah dan murka Allah? Di mana datangnya keharmonian rumahtangga di kemudian hari jika pintu gerbang perkahwinan itu dicalari adat-adat yang melampaui hukum agama? Bukanlah mendoakan keburukan, namun lihatlah statistik perkahwinan hari ini & kadar penceraiannya? Anda mampu menilainya...

Menonton di Panggung Wayang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Dalam satu majlis ilmu yang dihadiri, seorang dari pendengar telah mengutarakan soalan agak ringkas, namun pada saya, berat juga sebenarnya setelah mendengar ulasan Ustaz ketika itu.

Soalannya berbunyi, "Ustaz, apakah hukum menonton wayang?"



Beberapa ketika, Ustaz kami menjawab, "Hukumnya...dibenarkan...namun, jika mengikuti kriteria yang ditetapkan", Ustaz tersebut menghabiskan jawapannya dengan sekuntum senyuman.

Tidak dinafikan panggung wayang adalah salah satu alat hiburan masa kini. Islam tidak menolak, sebarang perkara yang bermanfaat adalah diharuskan penggunaannya.
Namun, harus diteliti segala aktiviti & isi yang ada di dalam perkara berkaitan dengan alat itu.

Di sini adalah kriteria-kriteria yang digariskan menurut Islam:

1. Bahan tontonan adalah bahan yang bermanfaat, seperti dokumentasi atau sejarah. Pengisian cerita tersebut harus tidak ada unsur kemaksiatan, kemungkaran, ajaran sesat, kesyirikan. Kerana bila berbalik semula kepada syariat, segala bentuk perkara yang menjerumuskan kepada keharaman, maka hukumnya adalah haram.

2. Penonton lelaki & perempuan diasingkan sama sekali. Jauhilah perkara yang mendekati zina. Apa jua bentuk yang mendatangkan zina, wajib dijauhi. Hatta bunyi audio dari apa yang ditonton, jika bunyi yang keluar mampu menjerumuskan ke arah kemaksiatan, wajib dijauhi.

3. Tidak mengganggu waktu solat. Jika waktu tayangan bermula jam 1900, dan tamat setelah 2 jam selepas itu, bilakah waktunya untuk menunaikan solat fardhu Maghrib? Fikirkanlah...

Dalam keadaan hari ini, tidak kira panggung wayang mahupun televisyen, banyak menghalwakan mata-mata penonton dengan tayangan yang membawa kepada perkara haram. Oleh itu, hati-hatilah supaya tidak menjerumuskan ke dalam lembah haram. Perkara ini telah banyak dikupas oleh para ulama hari ini.

Jepun: Islam Tidak Asing Walau di Bumi Asing

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

[Syukur Alhamdulillah, akhirnya sekian lama tersimpan dalam draft, dapat dikongsi juga bersama pembaca]

Segala pujian ke hadrat Allah SWT, dengan izin & kehendakNYA, saya diberi peluang bersama dua rakan lain menjejakan kaki ke tanah matahari terbit ini atas urusan kerja.
Bukanlah urusan kerja hendak diceritakan di sini. Tetapi, ingin berkongsi tentang keindahan Islam di sini. Sebelum berangkat, bermacam perkara yang bermain di fikiran, walaupun sedikit gambaran keadaan di sana telah diberi oleh sahabat.

Bersama dua rakan yang lain

Setakat apa yang saya ketahui, Islam di Jepun adalah suatu perkara masih dikatakan baru jika dibandingkan dengan kebangkitan Islam di negara lain. Ini kerana kisah kehidupan Baginda SAW ataupun kita senang dengan perkataan Sirah Nabi SAW diterjemahkan ke dalam bahasa Jepun pada tahun 1877. Satu lagi peristiwa penting bermulanya titik jejak Islam ke negara ini adalah ketika kerajaan Turki Uthmaniyyah menjalinkan hubungan diplomatik dengan menghantar sebuah kapal Ertugrul ke negara ini.

Sejarah juga mencatatkan penduduk jepun pertama yang memeluk Islam adalah Mitsutaro Takaoka. Setelah menunaikan fardhu haji di Mekah, beliau menukar namanya kepada Umar Yamaoka. Syukur Alhamdulillah...

Diketahui umum, penduduk di Jepun terkenal dengan hidup yang bertatasusila & sopan santun. Itulah yang saya dapati sendiri & bersetuju dengan tanggapan itu. Sikap mereka membuatkan kami senang & berlapang dada. Izinkan saya memberi beberapa contoh ringkas.

Semasa dalam penerbangan, waktu Subuh telah masuk. Dan tidak sempat menunggu pesawat ini mendarat untuk kami menunaikan fardhu Subuh. Dengan bantuan pramugari, mereka dengan senang hati memberikan ruang di kabin makanan untuk kami menunaikan solat. Apa yang membuatkan saya sedikit terkejut, mereka membersihkan dahulu lantai sambil berkata '[kena bersihkan dahulu sebelum kamu hendak sembahyang]'. Selesai solat, mereka berkata mereka teruja melihat perlakuan rukun solat. Nampak tersusun & tenang. Alhamdulillah, sesungguhnya Islam itu cantik.

Sepanjang kami di dalam kawasan tempat kerja, kami selesa mengerjakan solat. Kerana mereka menyediakan sebuah bilik khas untuk pekerja Islam menunaikan solat. Walau ia sederhana, tetapi cukup selesa. Ini menunjukkan mereka sudah mengenali Islam & faham serba sedikit apa yang diperlukan oleh kami. Syukur Alhamdulillah.

Dari soal pemakanan pula, saya sebenarnya sedikit risau mengenainya. Berada di negara bukan Islam, tentulah apa yang disyaratkan dalam Islam tidak dititikberatkan. Namun, sangkaan saya nyata meleset. Urusan kami di sana dimudahkan dari awal sebelum keberangkatan kami ke sana lagi. Mereka ketahui kami bertiga yang datang dari Malaysia adalah Muslim semuanya. Oleh itu, tentang makanan kami, mereka telah menempah khas dengan masakan Muslim di sana. Tidak putus rasa syukur kepada Ilahi kerana segalanya mudah saya lalui ketika di sana.

Kami dilayan dengan sebaik mungkin

Minum petang bersama peserta-pesera dari seluruh negara-negara lain

Sehari sebelum convention berlangsung

Dalam perjalanan pulang ke Malaysia, kami dibawa oleh rakan sekerja kami ke sebuah masjid di Fukuoka. Rasa teruja bila mengetahui ada masjid di sini. Sepanjang perjalanan, saya mengira sendiri berapa ramaikah penduduk Islam di sini, bagaimana keadaan mereka hidup di dalam lingkungan yang begitu minority bilangannya, apakah aktiviti yang biasa mereka lakukan untuk memeriahkan rumah Allah itu, dan bermacam-macam lagi yang saya fikirkan. Sebaik tiba di sana, saya memanjat rasa syukur tidak terhingga kepada Ilahi. Saya diberi peluang melihat keindahan rumah Allah di sini. Walau ianya kecil & jauh terpencil, namun itu bukanlah ukurannya. Masjid itu nampak cantik di mata saya. Cukup teruja saya rasa. Namun, apa yang saya ralatkan, kami tidak berpeluang untuk menunaikan solat di dalam masjid tersebut kerana berkunci. Mungkin bukan rezeki kami.

Berhadapan Masjid Fukuoka

Serba sedikit kenangan & pengalaman manis dapat saya kongsi bersama saudara. Harapan untuk ke sana lagi masih ada. Namun, segalanya bergantung rezeki & kehendakNYA jua. Semoga sinar Islam lebih bergemerlapan di sana, insya Allah.

Menyemak segala bentuk persembahan projek berada dalam keadaan baik

Sedikit taklimat diberi sebelum persembahan bermula

Persembahan projek dari Malaysia

PSN QCC World Presentation

Bersama pemenang-pemenang lain & pihak pengurusan

Berangkat pulang ke Malaysia

Saturday, April 21, 2012

Peribadi Hunusan Pedang dari Pedang-Pedang Allah



Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a: "Suatu hari aku bersama Rasulullah SAW berhenti di suatu tempat dan orang ramai berjalan dihadapan kami. Rasulullah SAW bertanya nama-nama orang yang melalui tempat itu. Kemudian muncul seorang lelaki lalu Rasulullah SAW bertanya, 'Siapakah itu?'. Aku menjawab, 'Itulah Khalid bin Walid'. Baginda SAW berkata, 'Hamba Allah itu adalah pedang daripada pedang-pedang Allah'."

Seorang utusan bernama Munajamah datang menemui Khalid al-Walid yang ketika itu sedang berhadapan dengan peperangan di Yarmuk. Utusan itu membacakan utusan dari Khalifah Umar ibn Khattab, 'Saya datang dengan membawa 2 berita sedih & 1 berita gembira. Pertama, Khalifah Abu Bakar as-Siddiq telah meninggal dunia & jawatan khalifah digantikan dengan Khalifah Umar al-Khattab r.a. Dan di atas perintah Khalifah Umar r.a, jawatan saudara sebagai ketua Panglima dilucut & digantikan dengan Abu Ubaidah bin Jarah r.a'. Dengan tidak menampakkan sebarang perubahan di wajahnya, Khalid al-Walid membuka surat perlucutan itu dengan tenang, lalu berkata, 'Segala apa yang kita miliki di dunia ini hanya bersifat sementara. Oleh itu, redha adalah jalan terbaik kerana semua yang terjadi adalah dengan izin Allah. Tambahan pula, Khalifah Umar r.a adalah sahabat Baginda SAW yang dijamin syurga. Saya tidak sedih atau kecewa dengan keputusannya'.
Subhanallah...

"Jawatan bukannya lambang kemegahan, tetapi tanggungjawab. Sekiranya tidak mampu ditunaikan, ia menjadi tanggungjawab di dunia & akhirat".
Saifullah, Khalid al-Walid

"Saya bercita-cita mahu mati syahid! Disebabkan itulah saya menyertai semua peperangan yang melibatkan tentera Islam. Di tubuh saya ini dipenuhi parut-parut luka. Tiada seinci pun tubuh saya tidak berparut akibat dari mata panah, tombak, pedang ataupun lembing musuh. Dada saya menjadi sasaran mata-mata senjata musuh, tetapi saya masih hidup. Syahid yang diburu tidak ditemui", begitulah rintih perindu syahid di jalan Allah.
Datang sahabat antara sahabat rapatnya, Abu Zanad r.a memujuk ketika Khalid al-Walid terlantar sakit. "Saudara tidak boleh syahid di medan perang. Baginda SAW semasa hayatnya telah mengurniakan kepada saudara dengan gelaran Pahlawan Pedang Allah. Baginda SAW mendoakan saudara menang dalam setiap peperangan yang saudara sertai, saudara tidak boleh mati dibunuh kafir kerana pedang Allah tidak boleh tewas di medan peperangan". Kata-kata itu membuatkannya bertambah sedih & hiba. Akhirnya, panglima tentera terbilang itu pergi menghadap Allah SWT dengan hajatnya yang tidak tersampai.

Titisan air mata taubat...

Air mata...
Aku senang jika kau tidak jemu setia menemaniku
Tatkala aku memerlukanmu...
Kehadiranmu mampu menterjemahkan sesuatu
Yang kadangkala sukar ditafsirkan melalui kata-kata...
Mengalirnya dirimu keluar dari genang mataku
Bukanlah mengharap simpati insani...
Cukup untuk aku persembahkan kepada Ilahi
Seluruh isi hati pengaduanku kepadaNYA...


Air mata...
Engkau hamba Allah
Yang sering disalahertikan oleh insan dikalangan manusia...
Engkau dianggap lemah
Dan lemahnya dirimu hanya diperlukan oleh orang yang lemah...
Biarlah mereka terus menerus menganggap dirimu begitu
Kerana melaluimu, aku melihat segala kecantikan & keindahan kurniaanNYA...


Titisan air mata...
Engkau adalah anugerah Allah
Yang sangat bernilai buatku...
Hadirmu dalam hidupku
Adalah nikmat dariNYA yang tidak ternilai buatku...
Dengan kehadiranmu, engkau berjaya menundukkan nafsuku...
Engkau mematahkan segala ego yang tegak bersarang di dalam hatiku...
Engkau mampu melembutkan hati kerasku...
Engkau membuka laluan untuk aku mengenal Zat Yang Maha Agung...
Allahu Akbar!


Ya Allah...
Dengan hanya menyebut namaMU, Ya Allah
Hatiku diserang rasa sayu
Segalanya tertumpah bila dihadapanMU
Seluruh pengaduan tentang perasaanku
Aku curahkan padaMU di dalam sujudku
Bertemankan hambaMU bernama air mata...

Nikmat apakah yang KAU kurniakan ini, Ya Allah...
Jadikanlah aku hamba yang sentiasa mensyukuri setiap nikmatMU...
Walaupun ianya sesuatu yang dianggap paling lemah di mata manusia...

Monday, January 30, 2012

Didiklah wanitamu segaris kehendak Islam


Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita,
Tanpa mereka, akal fikiran dan perasaan lelaki akan resah,
Masih mencari walau ada segalanya,
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun Adam tetap rindukan Hawa,
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok,
Untuk diluruskan oleh lelaki,

Tapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus,
Luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah,
Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya,

Jangan jinakkan mereka dengan harta,
Kerana dengannya mereka akan liar,
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikkan,
Nantinya mereka akan derita,
Kenalkan mereka dengan zat Allah yang kekal,
Disitulan punca kekuatan dunia,

Akal senipis rambutnya, tebalkan ia dengan ilmu,
Hati serapuh kaca, tebalkan ia dengan iman,
Perasaan selembut sutera, hiasilah ianya dengan akhlak,
Suburkanlah kerana dari situ nantinya.... ...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Ilahi,

Bisikkan ke telinga mereka, kelembutan bukan kelemahan,
Ia bukan dikriminasi Allah, sebaliknya disitulah kasih sayang Allah,
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak akan terhibur,
Dan tidak akan menghiburkan tanpa iman, ilmu, dan akhlak,
Mereka tidak akan lurus, malah semakin membengkok,
Itulah hakikatnya andai wanita tidal mengenal Rabbnya,

Bila wanita jadi derhaka, pasti dunia lelaki huru-hara,
Lelaki pula jangan mengharap semata-mata, tapi binalah kepimpinan,
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi....... ...
Pimpinlah diri kepadaNya... ..jinakkan diri kepada Allah,
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu,
Jangan mengharap isteri semulia Siti Fatimah,
Seandainya dirimu tidak sehebat Saidina Ali

Hati ini milik Allah, diciptakan Allah, hanya untuk menyintai Allah

Sabar itu cantik


Adik bangun pagi. Adik kesat mata. Walid yang kejut adik. Adik
mengantuk sangat. Adik tarik selimut semula. Tidur balik. Walid
geleng kepala bila nampak adik tidur balik.

Walid tepuk belakang adik suruh adik mandi. Lepas mandi adik pakai
baju baru. Ummi kata hari ini Hari Raya Aidilfitri. Semua orang
pakai baju baru. Tapi adik tengok ummi pakai baju buruk, walid pun
pakai baju buruk. Ummi cuma senyum bila adik mengajukan soalan itu.
Ummi kata cukuplah adik seorang pakai baju baru.

Walid pimpin tangan adik pergi masjid. Kami jalan kaki melalui denai-
denai kecil. Sepanjang jalan adik dengar takbir raya. Allahu Akbar
Allahu Akbar, La ilaha illallah huallahu Akbar, Allahu Akbar
wallilla hilham.. Adik khusyuk dengar. Merdu. Adik angkat tangan ke
telinga, lagak seperti bilal masjid sambil menjerit takbir raya.
Walid cuma ketawa kecil melihat gelagat adik. Di persimpangan jalan,
kami bertemu Pak Cik Nassier jiran adik. Adik pandang walid. Walid
ralit berbual dengan Pak Cik Nassier. Adik dengar walid berbual
tentang syahid, Yassier Arafat dan lain-lain lagi. Nama negara adik
pun walid sebut, Palestin. Tapi adik tidak faham. Adik cuma
mendengar.

Adik tiba di perkarangan masjid. Masjid itu besar, tersergam indah.
Masjid kebanggaan negara adik, Masjidil Aqsa. Walid pernah beritahu
adik, Masjidil Aqsa kiblat pertama sebelum Kaabah di Mekah. Masjidil
Aqsa juga adalah salah satu tempat suci dalam Islam. Nabi Muhammad
pun mengalami peristiwa Israk dan Mikraj di masjid ini. Adik buka
kasut dan masuk ke perut masjid. Adik lihat ramai orang. Semuanya
duduk dalam saf. Walid tarik adik duduk di penjuru masjid, kemudian
walid solat tahiyatul masjid.Adik ikut walid solat raya. Adik
berdiri betul-betul dekat dengan walid. Adik pandang walid. Bila
walid angkat tahbiratul ihram adik pun angkat. Mulut walid kumat
kamit membaca sesuatu. Adik pun ikut sama walaupun adik tak tahu apa
yang adik baca. Walid rukuk, adik rukuk. Walid sujud, adik sujud.

Adik membilang anak tangga selepas selesai solat raya dan bersalam-
salaman dengan jemaah yang lain. Walid ada di belakang adik. Suasana
ketika itu tenang dan damai. Adik suka ketenangan. Adik tarik nafas,
hirup dalam-dalam udara pagi. Tiba-tiba ketenangan itu diragut. Adik
nampak ramai orang bertempiaran lari. Adik juga nampak sekumpulan
askar yang memegang senjata sedang mara menuju ke arah masjid. Adik
dengar bunyi kuat. Bunyi tembakan. Walid dukung adik erat sambil
melaungkan takbir Allahu Akbar. Adik takut. Adik pejam mata. Kaki
walid yang kuat berlari tiba-tiba terhenti. Pautan tangan walid
longgar dan akhirnya terlerai. Adik rasa seperti sekujur tubuh
tumbang dan menghenyak adik. Adik pandang belakang. Mata adik
terbeliak. Adik nampak tubuh walid. Kepala walid berdarah. Adik
menjerit nama walid. Manik-manik jernih bergentayangan dan gugur
satu persatu dari tabir kelopak mata adik. Walid pandang adik. Walid
cium pipi adik. Walid suruh adik lari. Adik geleng kepala. Adik
pegang tangan walid. Adik hendak duduk di sisi walid. Walid senyum
pada adik. Mulut walid lemah menutur kalimah syahadah. Adik goyang
tubuh walid. Walid tidak bergerak. Walid
kaku. "Waliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiid!!!!!!!"

Adik kesat air mata. Adik lari kuat-kuat. Adik lari tidak kalih kiri
dan kanan. Sampai di rumah, adik terus menangis. Ummi hairan tengok
adik. Adik sebut nama walid berkali-kali.

Mayat walid di hantar ke rumah tidak lama selepas itu. Adik masih
menangis. Adik tengok ummi cium dahi walid. Ummi peluk adik.
Beberapa orang jiran cuba tenangkan ummi. Abang yang duduk di
penjuru dinding juga menangis. Abang dah besar. Umur abang enam
belas tahun. Abang pergi dekat walid, abang peluk dan cium walid.
Selepas sembahyang adik nampak orang angkat walid keluar rumah.
Abang pun ikut sama. Adik tidak ikut. Adik duduk rumah dengan ummi.
Adik tanya ummi, mana perginya walid. Diam. Adik tanya lagi sambil
menongkat dagu menunggu jawapan daripada mulut ummi. Ummi pandang
adik, ummi kata walid pergi ke satu tempat yang sangat cantik. Walid
pergi tidak akan kembali lagi. Adik cuma mengangguk.

"Adik nak ikut walid" Ummi geleng kepala dan peluk adik. Adik lap
air mata di pipi ummi. Adik senyum, ummi senyum.

Petang itu ramai kawan abang datang. Abang ajak mereka ke belakang
rumah. Adik berlari-lari anak ikut abang ke belakang. Abang tekun
membuat sesuatu. Sesuatu yang menyerupai senapang. Adik cuma duduk
diam dan tengok. Kawan-kawan abang pun khusyuk membuat kerja. Adik
menguap berkali-kali. Boring duduk diam tanpa melakukan sebarang
kerja. Tidak keletah adik dibuatnya. Mata adik melilau-lilau mencari
barang mainan. Adik nampak benda bulat seperti bola. Adik pergi
dekat cuba mencapai benda itu. Adik pegang dan belek. Sedang adik
seronok bermain, abang rampas 'bola' adik. Adik masam. Adik tarik
muncung empat belas. Adik marah pada abang. Abang tersenyum melihat
tingkah laku adik. Dengan lembut abang mencubit pipi montel adik.
Abang beritahu adik yang benda itu bom tangan bukannya bola seperti
yang adik sangkakan. Adik diam, kemudian berlari mendapatkan ummi.
Merajuk.

Adik bangun awal pagi itu. Tidak seperti hari-hari lain, walid tidak
ada untuk kejut adik. Apabila teringat walid, mata adik berkaca.
Adik tidak mahu menangis. Adik orang lelaki. Orang lelaki tidak
boleh menangis, orang lelaki kena kuat dan tabah. Adik nampak abang
sedang bersiap-siap. Abang galas beg besar. Semua benda yang abang
buat semalam abang bawa. Benda bulat seperti bola pun abang bawa.
Kawan- kawan abang semuanya sedang menungu di depan rumah. Abang
cium tangan ummi, minta izin untuk pergi. Ummi peluk abang, cium
abang berkali-kali. Adik cuma memandang dengan mata terkebil-kebil.
Adik garu kepala yang tidak gatal. Abang datang dekat adik. Abang
dukung adik, usap kepala adik. "Adik jaga ummi ya" pesan
abang. "Abang nak pergi mana?" tanya adik seperti orang
bodoh. "Abang nak pergi berjuang". Abang mengukir senyuman
mengakhiri bicara.

Kelibat abang hilang ditelan kabus pagi. Hanya lambaian tangan adik
mengiringi pemergian abang. Lepas abang pergi ummi cerita macam-
macam perkara pada adik. Pasal Israel, pasal syurga, pasal jihad dan
banyak lagi. Semuanya adik tidak faham. "Isra..Israfil." terkial-
kial adik menyebut perkataan itu dalam pelat yang pekat. "Bukan
Israfil. Israfilkan nama malaikat. Malaikat yang tiup sangka kala.
Israel." Ummi membetulkan sebutan adik. "Is.ra.el" akhirnya adik
berjaya menyebutnya juga. Ummi ketawa kecil. Adik ikut ketawa
menampakkan sebaris gigi adik yang rongak. Ummi kata Israel jahat.
Israel musuh umat Islam. Israel juga musuh Allah. Israel yang
mencetuskan peperangan di bumi Palestin. Israel yang bunuh walid.
Adik benci Israel. Adik benci sesiapa yang menjadi musuh Allah.

Adik lari keluar rumah. Adik pergi ke jalan besar. Ramai kanak-kanak
sebaya adik di situ. Mereka semua baling batu kepada sekumpulan
tentera yang bersenjata di seberang jalan. Adik ingat lagi, tentera
itulah yang bunuh walid. Merekalah Israel. Adik marah. Adik geram.
Adik capai batu, adik baling kuat-kuat. Adik pejam mata. Terbayang
di kepala adik peristiwa yang menimpa walid. Adik sertai kawan-kawan
adik yang lain; membaling batu. Kadang-kadang kami lari apabila
tentera itu menyerang balas. Ada juga kawan-kawan adik kena tembak.
Tumbang satu persatu. Adik nampak baju mereka merah berlumuran
darah. Adik lari menyorok di sebalik bangunan usang untuk
menyelamatkan diri. Adik lari bersama seorang kawan adik. Namanya
Jamal. Dia juga sama dengan adik. Walidnya juga pergi ke suatu
tempat yang sangat cantik dan tidak akan kembali lagi. Apabila
keadaan semakin reda, adik pulang ke rumah. Adik berjanji dengan
Jamal untuk melontarkan batu lagi pada keesokkan harinya.

Sesampai di rumah adik berasa sangat lapar. Adik cari roti di dapur.
Adik buka almari, adik cari dalam almari tapi tidak jumpa. Perut
adik mula berbunyi minta diisi. Adik sudah makan roti petang tadi
tapi adik masih berasa lapar lagi. Adik nampak ummi pegang roti. Itu
sajalah satu-satunya roti yang tinggal di rumah kami. Ummi tidak
makan apa-apa lagi sejak pagi tadi. Adik pergi dekat ummi. Ummi yang
baru menyuapkan roti ke mulutnya tersentak. Ummi keluarkan semula
roti dari mulutnya dan suapkan ke mulut adik. Adik kunyah dengan
gelojoh. "Ummi, Kenapa kita hidup susah?" adik tanya pada ummi
dengan mulut dipenuhi roti. Ummi pangku adik di ribanya. Ummi
mengelus lembut rambut adik. "Kita kena sabar sebab sabar itu
cantik" ujar ummi perlahan. "Cantik macam syurga ke ummi?" adik
tanya lagi. Ummi senyum. "Nabi Muhammad pun hidup susah juga.
Baginda dilontar batu ketika menyebarkan dakwah di Taif. Malahan
kaum Quraisy ramai yang ingin bunuh nabi. Nabi sabar, nabi tak cepat
putus asa" sambung ummi lagi. Adik dengar dengan khusyuk. Adik nak
jadi baik macam Nabi Muhammad. Nama adik pun Muhammad. Walid yang
cadangkan nama itu. Walid hendak adik tabah dan cekal macam Nabi
Muhammad.

Malam itu adik duduk bersila depan ummi sambil tangan memegang Al-
Quran. Adik ikat serban sendiri. Adik lilit serban ikut suka hati
adik. Sekejap adik lilit ke kiri, sekejap ke kanan. Kadang-kadang
serban itu tutup mata adik. Adik kuak sedikit kain serban ke atas
ketika hendak membaca Al-Quran. "Bismillahirrahmanirrahim.." Adik
baca Al-Quran dengan bersungguh-sungguh. Adik baca kitab Allah itu
dengan tekun. Ummi duduk depan adik sambil memerhati bacaan adik.
Adik hendak jadi macam abang. Umur enam tahun sudah khatam Al-Quran.
Adik baru umur tiga tahun. Adik kena baca Quran dengan rajin kalau
hendak khatam Al-Quran cepat macam abang. Adik ingat pesanan ummi.
Ummi kata Al-Quranlah satu-satunya harta yang paling berharga. Adik
ingin baca Al-Quran hari-hari. Adik tidak mahu ponteng baca Al-
Quran. Bacaan adik terhenti apabila pintu diketuk dan nama ummi
dilaung- laungkan dari luar. "Syukur ya Huda, anakmu Yassin mati
syahid", muncul Mak Cik Fatima di depan rumah. "Anakmu, anakmu
adalah salah seorang pengebom berani mati ya Huda. Tindakannya
menyebabkan tujuh orang askar Israel laknatullah terbunuh. Yassin
dan tiga orang lagi pejuang Hizbullah mati syahid. Semoga syurga
menanti mereka kelak" terang Mak Cik Fatima panjang lebar.

Ummi panjatkan doa pada Allah semoga roh abang ditempatkan dalam
golongan orang-orang yang beriman. Adik kaget. Nama Israfil,
bukan..Israel disebut lagi. Adik benci mendengar nama itu. Kemarahan
adik meluap-luap. Ummi beritahu adik abang telah pergi ikut walid.
Ummi kata ummi bangga mempunyai anak seperti abang. Adik masuk tidur
awal. Adik mimpi satu tempat yang sangat cantik. Adik nampak walid
dan abang di sana. Walid dan abang senyum pada adik. Adik cuba kejar
mereka tapi semakin adik kejar semakin mereka menghilang.

Keesokkan harinya, adik tunggu Jamal di tepi jalan seperti yang
dijanjikan. Lima minit berlalu Jamal tidak muncul-muncul juga.
Hampir setengah jam adik tunggu tapi Jamal tetap tidak muncul. Adik
tidak suka orang yang mungkir pada janji. Adik ingat lagi, salah
satu ciri orang munafik ialah mungkir apabila berjanji. Adik tidak
mahu jadi munafik. Adik tanya kawan-kawan adik yang lain. Rupa-
rupanya Jamal juga seperti walid dan abang. Jamal pergi ke satu
tempat yang cantik. Tempat yang adik tidak tahu di mana letaknya.
Semua orang yang adik sayang pergi ke tempat itu. Mula-mula walid,
kemudian abang dan akhirnya Jamal.

Adik pulang ke rumah awal. Adik terkejut. Terkesima sebentar. Rumah
adik dikepung askar Israel. Mereka memang sedang mencari keluarga
adik ekoran tindakan berani mati abang mengebom kubu Israel. Tubuh
adik yang kecil memudahkan adik menyusup masuk ke dalam rumah. Adik
nampak ummi terpelosok di satu sudut. Adik lihat dengan mata adik
sendiri, tentera itu tendang ummi. Mereka sepak dan terajang ummi.
Tapi ummi masih bersabar. Ummi tidak putus-putus menyebut satu
kalimah keramat..Ahad..Ahad. Mata adik merah. Adik menahan marah.
Adik tidak suka orang pukul ummi. Adik sayang ummi. Adik benci
Israel. Seorang tentera Israel mengacukan pistol ke arah ummi. Ummi
dengan tenang menghadapinya. Tiada pun segaris garisan gusar
terpancar di wajah ummi. Ketika peluru dilepaskan, tiba-
tiba..... "Muhammad!!!!!!!" Ummi menjerit sambil memegang tubuh
adik. Badan adik berlumuran darah. Pekat dan merah. Adik raba perut
adik. Adik rasa sakit. Sakit yang mencucuk-cucuk. Seketika tadi adik
telah korbankan tubuh adik untuk melindungi ummi. Natijahnya peluru
itu merobek perut adik yang tidak berdosa. Ummi peluk adik. Ummi
menangis semahu- mahunya. Adik cuba senyum pada ummi walaupun perit.

"Ummi.adik rasa mengantuk, adik nak tidur. Adik nak jadi mujahid,
adik nak ikut walid dan abang" terketar-ketar suara adik kedengaran
di cuping telinga ummi. Ummi angguk, berusaha sedaya upaya untuk
menahan air mata daripada jatuh bercucuran. Adik pejam mata. Adik
nampak walid, abang dan Jamal melambai-lambai ke arah adik.
Wallhua'lam.

Saturday, January 14, 2012

Tiga Cahaya di Hari Kiamat


Di hari kiamat ada tiga cahaya yang berlainan:
* Cahaya yang pertama seperti bintang-bintang.
* Cahaya yang kedua seperti cahaya bulan.
* Cahaya yang ketiga seperti cahaya matahari.

Apabila ditanya cahaya apakah ini? Lalu dijawab:
1.Cahaya yang pertama ialah cahaya wajah-wajah manusia yang ketika di dunia, mereka akan meninggalkan pekerjaan dan terus bersuci dan mengambil air sembahyang apabila terdengar azan.
2.Yang kedua ialah cahaya wajah mereka yang mengambil air sembahyang sebelum azan.
3.Cahaya yang ketiga ialah cahaya mereka seperti matahari. Mereka di dunia sudah bersiap sedia di dalam masjid sebelum azan lagi.

Senyap, Mudah Tetapi Sukar


Sahabat,

Apabila kau memperlihatkan aku diam tanpa kata,
Janganlah kau mentafsirkan yang aku memilih bulu
Kerana aku sedang bermuhasabah diriku
Ingin sekali aku meluahkan, namun aku khuatir kau katakan aku menyindirmu

Apabila kau memperlihatkan aku diam tanpa kata,
Janganlah kau mentafsirkan aku memilih darjat
Kerana aku khuatir akan menyebut nama orang dengan sia-sia
Rasulullah SAW sangat bimbangkan kaum wanita yang lebih ramai menghuni neraka berbanding lelaki
Salah satu sebabnya, mengumpat
Ingin sekali aku meluahkan, namun aku khuatir kau katakan aku menunjuk alim

Apabila kau memperlihatkan aku diam tanpa kata,
Janganlah kau mentafsirkan aku sombong
Kerana aku sedang mengingati kekasihku yang dua
- “Ingatlah Allah tika kau dalam senang mahupun susah”
- “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya berselawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Inilah pesan ayahku sedari kecilku
Ingin sekali aku meluahkan, namun setiap kali aku ingin berkongsi ilmu agama denganmu, kau seolah tidak minat dengan diskusi seperti itu

Sahabat,

Senyap mudah dilakukan…
Namun, pelbagai andaian diluahkan…
Aku harap kau mampu memahami…

Sunday, January 8, 2012

Alam Mahsyar: Golongan Yang Mendapat Teduhan Arasy Allah SWT



1. Pemimpin yang adil.

2.. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.

4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".

6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

7.. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.