Saturday, July 24, 2010

Golongan di Padang Mahsyar

Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan dari Muaz bin Jabal ra yang bermaksud: Jika datang hari kiamat, maka umatku akan dihalau oleh Allah swt dari kubur mereka menjadi 12 golongan.

1. Golongan yang tidak bertangan & berkaki

Mereka dihalau dari kubur mereka dalam keadaan tidak bertangan & tidak berkaki, kemudian mereka dipanggil ke hadapan Allah swt. Mereka ini terdiri dari orang-orang yang menyakiti jiran tetangga, & mati sebelum bertaubat. Itulah balasan untuk mereka & tempat kembali mereka adalah neraka.

2. Golongan berwajah babi

Mereka yang dibangkitkan dari kuburnya dengan rupa binatang atau berupa babi, dihadapkan ke hadapan Allah swt untuk diadili. Mereka yang seumpama ini adalah orang-orang yang memudahkan serta memandang ringan tuntutan sembahyang & mati mereka sebelum sempat bertaubat. Kembali mereka bersama dengan penduduk neraka. Sebagaimana firman Allah swt yang maksudnya : “Maka celakalah orang-orang yang sembahyang, iaitu orang-orang yang melalaikan sembahyangnya.”

(Al-Ma’un : 4~5)

3. Golongan perut yang dipenuhi ular

Orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan perut mereka besar dipenuhi dengan ular & kala sebelum dipanggil ke pengadilan Allah swt. Mereka termasuk dalam golongan yang tidak mahu membayar zakat, & mati sebelum bertaubat.

4. Golongan mulutnya mengalirkan darah

Orang-orang yang dibangkitkan dengan keadaan darah yang mengalir dari mulutnya, isi perutnya keluar dengan api yang menyala-nyala dari mulut mereka. Mereka lalu dibawa ke pengadilan Allah swt, itulah orang-orang yang berdusta & melakukan penipuan dalam perniagaan & mati dengan tidak bertaubat.

5. Golongan yang berbau bangkai

Orang-orang yang dibangkitkan dari kubur dalam keadaan busuk melebihi bau bangkai. Kemudian dibawa ke pengadilan Allah swt. Mereka ini terdiri dari orang-orang yang cuba merahsiakan kemaksiatan & kejahatan yang mereka lakukan seolah-olah Allah swt tidak melihatnya.

6. Golongan lehernya terputus-putus

Golongan yang dibangkitkan dari kubur dalam keadaan lehernya terputus-putus, mereka dibawa ke pengadilan Allah swt. Mereka adalah orang-orang yang menjadi saksi palsu & pendusta yang mati sebelum bertaubat.

7. Golongan tidak berlidah

Orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan tidak berlidah, mulut mereka mengalir darah & nanah. Mereka dibawa ke pengadilan Allah swt. Inilah orang-orang yang mencegah & melarang orang lain melakukan kebenaran. Mereka mati dalam keadaan sebelum bertaubat.

8. Golongan kaki di atas kepada di bawah

Orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan terpusing dengan kaki di atas & kepala ke bawah, sementara farajnya pula mengeluarkan nanah yang panas mendidih. Dalam keadaan begini ia dibawa ke pengadilan Allah swt. Mereka ini adalah orang-orang yang melakukan zina & mati sebelum sempat bertaubat.

9. Golongan berwajah hitam pekat

Orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dalam rupa wajah yang hitam pekat & matanya terkeluar dengan perut berisi api. Mereka ini ialah orang-orang yang memakan harta anak yatim & mati sebelum bertaubat.

10. Golongan kulit berbelang & berkudis

Orang-orang yang dibangkitkan dengan keadaan kulitnya berbelang-belang & berkudis. Mereka dibawa ke hadapan Allah swt dengan keadaan demikian. Mereka itulah orang-orang yang menyakiti hati kedua ibu bapanya & mati sebelum bertaubat. Sebagaimana firman Allah swt maksudnya: “Sembahlah Allah & janganlah kamu mempersekutukanNya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat & tetangga yang jauh, teman sejawat, ibn sabil & hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong & membangga-banggakan diri.”

(An-Nisa’ : 36)

11. Golongan buruk wajahnya

Orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dalam keadaan buruk wajahnya, bergigi besar, bibir terkeluar ke paras dada, lidah terkeluar & perut mereka membuncit ke paras paha. Mereka dihadapkan ke pengadilan Allah swt. Mereka inilah orang-orang yang minum arak & mati sebelum bertaubat. Inilah balasan mereka & mereka akan dimasukkan ke dalam neraka.

12. Golongan yang wajahnya berseri-seri

Orang-orang yang dibangkitkan dari kuburnya dengan muka berseri-seri, melintasi siratalmustaqim secepat kilat. Mereka inilah orang-orang yang mengerjakan amal soleh, melarang dari melakukan maksiat & selalu bertaubat. Balasan mereka adalah keampunan & rahmat Allah swt serta kekal di dalamnya. Sebagaimana firman Allah swt yang maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan: Janganlah kamu merasa takut & janganlah kamu merasa sedih, & bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu.”

(Fushilat : 30)

Thursday, July 22, 2010

Dialog Antara Guru & Murid...Qada & Qadar

Dialog antara guru & muridnya ini tentang qada & qadar. Suatu hari, murid tersebut memberanikan diri untuk bertanya kepada gurunya, kerana pertanyaan ini sudah lama terpendam dalam hatinya.

Murid : Wahai guru, anda sering menyampaikan kepadaku tentang sesuatu yang menarik. Sehingga akhirnya aku ingin menanyakan sesuatu kepadamu.

Guru : Apakah yang hendak kamu tanyakan?

Murid : Mengapa Allah swt menciptakan hidayah? Pada bahagian yang lain Dia juga menciptakan kesesatan. Mengapa Dia tidak menciptakan hidayah sahaja? Mengapa Allah mentakdirkan sesuatu kaum merasai kebahagiaan, manakala sesuatu kaum yang lain mengalami kesengsaraan? Mengapa tidak menciptakan kebahagiaan sahaja? Mengapa Allah menciptakan syurga & neraka? Mengapa tidak diciptakan syurga sahaja? Dosa apa yang ditakdirkan sehingga seseorang menjadi tersesat & sengsara?

Mendegar pertanyaan yang begitu lebar, guru tersebut berusaha untuk menjawab dengan yang paling mudah, agar mudah muridnya memahami.

Guru : Sesungguhnya, masalah yang kamu tanyakan itu berkait rapat antara Khaliq & makhluk. Yang pertama akan kita bicarakan adalah masalah yang berkait rapat dengan makhluk. Masalah ini sesungguhnya berkait erat dengan diri kita sendiri & lebih dekat dengan pancaindera kita. Menurutku, manusia mempunyai akal. Dengan akal, ia dapat membezakan mana yang baik & mana yang buruk. Dengan akal juga, timbullah pembebanan hukum. Beerti, orang yang berakal itu mukallaf (dibebani hukum). Maka, tidak ada taklif (hukum) terhadap orang gila & anak kecil kerana mereka tidak memiliki akal yang sihat.

Guru tersebut meneruskan.

Guru : Pada bahagian yang lain, kita mempunyai kebebasan. Ini tidak boleh dijangka oleh orang yang berakal. Dia berdiri, duduk, bahkan pergi & kembali lagi kerana kebebasannya. Dia melakukan ketaatan sekiranya mahu & boleh melakukan kebebasan melakukan maksiat jika mahu. Dengan demikian, dia tidak boleh berdalih hanya kerana takdir.

Murid : Bagaimana jika manusia berdalih dengan mengatakan segala sesuatu itu adalah kerana takdir?

Guru : Jika dia tetap berdalih pada takdir, kemudian potensi dirinya akan diketepikan. Cuba jika pukul sahaja dirinya atau kita perlekehkan harga dirinya, apa reaksinya? Atau kita katakan sahaja kepadanya, bahawa kita memukulnya adalah kerana takdir Allah. Kita tidak menolak terhadap sesuatu yang telah ditentukan. Maka, jika ia tetap membela diri kerana takdir, jelas ia kalah dengan hujah kita.

Murid : Bagaimana jika kita menyuruh orang lain agar taat, tetapi ia menjawab bahawa dia akan taat jika Allah mentakdirkannya taat, & Allah memberinya petunjuk?

Guru : Jika demikian, katakan sahaja kepadanya: Sesungguhnya masalah petunjuk itu sama seperti rezeki. Allah swt Maha Pemberi Rezeki. Jika engkau hanya menunggu petunjuk dari Allah, tanpa berusaha sama sekali, maka sama halnya engkau menunggu rezeki jatuh dari langit. Engkau duduk sahaja & tutup pintu rumahmu, apakah rezeki akan datang kepangkuanmu?

Guru tersebut meneruskan penerangannya.

Guru : Jika kamu berkata demikian, pasti orang itu akan menolaknya. Dia akan mengatakan: Sudah tentu manusia akan berusaha & berikhtiar mencari rezeki.
Jika pengakuannya demikian, maka hujahnya tentang hidayah atau petunjuk bergantung kepada takdir sudah tidak boleh diterima akal. Terhadap orang yang menyerahkan semuanya kepada takdir, tidak dapat memahami takdir secara benar, maka perlu diberi contoh yang lebih kukuh & tepat. Cuba suruh ia pegang api, lalu katakan: Jika api ini ditakdirkan membakar tanganmu maka engkau akan terbakar. Jika ditakdirkan tidak terbakar, tanganmu tidak akan merasa panas. Maka tentu ia akan menolak permintaan kita. Maka, di sinilah makna qada & qadar. Sesungguhnya, takdir itu ada sebab, punca & akibatnya. Jika engkau ingin ditakdirkan kaya, maka harus menempuh segala puncanya. Apakah puncanya? Engkau harus bekerja kerasa & berhati-hati dalam membelanjakan harta. Jika engkau ingin ditakdirkan mendapat hidayah, maka engkau harus berjuang dengan melakukan segala amalan yang mulia & menghindari kemaksiatan. Jika engkau ingin ditakdirkan masuk ke syurga, maka tempuhlah jalan yang lurus & jangan derhaka kepadanya.

-Dipetik: penulisan Fatimah Hj Omar