Tuesday, December 13, 2011

Dahsyatnya Berpura-pura

Jangan sesekali terikut-ikut dengan mereka yang suka berpura-pura, bersikap bongkak, merendahkan orang lain, merasa diri lebih tau dari orang lain, angkuh & berlebih-lebihan dalam hidup. Pada hakikatnya, hidup mereka tidak pernah lekang dari rasa cemas & keluh kesah.

Mereka yang sering mendambakan kenikmatan, kesenangan dunia semata-mata untuk memenuhi dorongan nafsu, tanpa memandangkan sensetif soal halal & haram, sebenarnya mereka tidak pernah mendapat bahagia. Mereka dalam kesempitan & kegelisahan.

Kamu tidak perlu rasa keliru & salah sangka tentang mereka. Impilah menjadi wanita fakir yang tinggal di dalam pondok kerana mereka lebih gemar beribadah & tidak mengejar dunia.

Kebahagiaan itu ada di dalam dirimu, maka janganlah cari di tempat lain kecuali di dalam dirimu jua.

Jadilah Wanita Paling Bahagia

Keayuan semulajadimu lebih menarik dari pancaran matahari.
Kewangian budi pekertimu lebih harum dari wanginya kasturi.
Dengan kerendahan hatimu,dirimu labih tinggi dari bulan.
Dengan kelembutanmu,dirimu lebih halus dari renyaian hujan.


Makanya,hiasilah dirimu dengan solat dua rakaat menjelanh Subuh.
Dahagamu di tengah hari yang panas kerana puasa, derma yang tersembunyi, air mata taubat, sujud panjang di atas sejadah, dan malu kepada Allah swt ketika didorong bisikan & ajakan syaitan.
Pakailah pakaian takwa, kamu mampu menjadi wanita tercantik di dunia...

Monday, September 19, 2011

Wanita: Hak Yang Bagaimana Lagi Yang Kamu Tuntut & Mahukan?


Wanita Akhir Zaman HARI INI terlalu banyak didedahkan kepada persoalan-persoalan yang keterlaluan. Malangnya, wanita Islam juga, dengan tiada tapak asas agama, telah terjerat kepada persoalan ini.

Datang pula badan-badan, persatuan-persatuan & organisasi yang kononnnya ingin menuntut hak yang sama rata dengan kaum pasangannya, kaum Adam.

"Mengapa pergerakan kami terbatas? Hendak ke mana-mana mesti meminta izin terlebih dahulu daripada suami. Sedang mereka, hendak ke mana pun, tak perlu beritahu / minta izin dari sesiapa".

"Penatnya, seksanya mengandung... Segala-galanya terpaksa kita tanggung sendiri. Kenapa tidak diberi sedikit apa yang kita rasa kepada suami kita?"

"Kenapa talak tidak boleh diberi kepada kami? Kenapa hanya lelaki sahaja layak memberi talak? Kami terasa diri teraniaya".

"Untungnya lelaki boleh beribadat sepanjang masa. Kalau kita, ada cutinya. Untungnya kalau kita menjadi lelaki."

"Taat pada suami. Tapi pernah dengar suami wajib taat pada isteri? Kenapa sehala? Mana keadilan untuk kami?"

"Kalau ikut hukum faraid, betapa untungnya lelaki kan? Harta yang mereka dapat lebih banyak dari kita. Kenapa macam tu perkiraannya?"

"Aurat kami seluruh anggota kecuali muka & tapak tangan. Lelaki, ke kedai dengan seluar pendek pun tak menjadi masalah."


ASTAGHFIRULLAH!!! Mohon ampunlah kamu kepada Allah...
Berhentilah dari terus berfikir seperti ini. Sesungguhnya musuh Islam & musuh manusia, syaitan laknatullah tidak pernah berhenti putus memikirkan & terus berusaha menarik kita dari terus berjalan di jalan yang lurus.

Mereka sesungguhnya bertekad mengheret kita masuk bersama-sama mereka ke dalam neraka jahannam.
Al-Quran & hadith Baginda SAW mampu menjawab persoalan-persoalan ini tanpa kita merasakan bahawa Allah swt berat sebelah kepada kaum wanita.
MALAH, Allah begitu menyayangi kita, wahai kaum Hawa. Diangkatnya darjat kita setelah datangnya Islam. Tanamlah kata-kata ini jauh ke dalam hatimu agar menjadi tapak iman yang kukuh.

Persoalan pertama: Suami dipertanggungjawabkan untuk menjaga kamu, setelah mereka mengambil kamu dari keluargamu. Dari saat kamu bergelar isterinya, kamu adalah amanah yang dipertanggungjawabkan kepadanya, adakah kamu tahu itu? Oleh itu, setiap inci perlakuan kamu, apa kamu kerjakan, telah menjadi tanggungjawabnya. Adakah kamu sanggup jika diberi tanggungjawab itu?

Persoalan kedua: Untuk mendapatkan sesuatu yang baik, pengorbanan diperlukan. Apa sahaja yang kita lakukan untuk kebaikan, kita perlu berkorban. Tidak senang untuk senang. Namun, kamu tahukah? Di sebalik segala kesulitan yang kamu hadapi, jika kamu bersabar & redha, ganjarannya besar, wahai saudaraku. Sekalian makhluk & malaikat sentiasa mendoakan kamu. Adakah kamu tahu itu? Jika ditakdirkan kamu meninggal sewaktu melahirkan, kamu telah ditakdirkan syahid. Apa ganjaran syahid di sisi Allah? SYURGA!! Adakah kamu tidak menginginkan balasan syurga di akhir hayatmu?

Persoalan ketiga: Kamu sanggup digalaskan dengan tanggungjawab itu? Walaupun telah diceraikan, namun bekas suami masih bertanggungjawab dalam beberapa waktu ditetapkan. Jika ada anak, tanggungjawab nafkah kepada anak-anak tidak akan terputus sampai bila-bila. Pernah dengar Islam mempertanggungjawabkan nafkah anak-anak itu kepada isteri apabila bercerai dengan suaminya?

Persoalan keempat: Beribadat sepanjang masa? Tidak dinafikan, ada beruntungnya dapat beribadat sepanjang masa. Namun, soal tanggungjawab, adakah kamu tahu? Lelaki WAJIB berjihad di jalan Allah. Sedang kamu, hanya perlu lakukan beberapa perkara yang telah dinyatakan dengan jelas, maka pahala yang kamu perolehi itu sama tarafnya dengan kaum lelaki yang berjihad di medan peperangan tanpa mengangkat senjata.

Persoalan kelima: Taat kepada suami. Cuma satu sahaja kan? Taat kepada ALLAH & RASULNYA itu adalah semestinya yang utama. Selainnya, kamu hanya patuh & taat kepada suami sahaja. Tapi lelaki, tahukah bahawa mereka terpaksa menggalas tanggungjawab di akhirat ke atas 4 JENIS WANITA. Ya, tanggungjawabnya semua ke atas yang sekaum dengan kamu. Ibunya, isterinya, anak perempuannya & adik perempuannya. Kamu? Kamu bukan sahaja tidak bertanggungjawab kepada sesiapa, MALAH kamu dipertanggungjawab ke atas 4 JENIS LELAKI yang bersilaturahim denganmu. Siapa mereka? SUAMIMU, BAPAMU, ANAK LELAKIMU & ADIK LELAKI/ABANGMU.

Persoalan keenam: Harta pusaka? Besar sangatkah 2/3 harta yang lelaki miliki? Harta itu mereka dibelanjakan kepada orang-orang yang di bawah tanggungjawabnya. Sedangkan kamu, harta yang kamu perolehi hanya untuk kamu sahaja.

Persoalan ketujuh: Sesuatu yang mahal & berharga perlulah disimpan rapi & tempat yang selamat. Kamu diibarat sesuatu yang berharga sepertinya emas, berlian, permata. Pernahkah kamu melihat benda-benda seperti itu dibiarkan bergolek di sana sini tanpa disimpan? Apa akan terjadi jika dibiarkan begitu? Sesiapa sahaja boleh mengambil & menggunakannya. Begitulah perumpaan kepada dirimu, wanita. Auratmu hanya untuk suamimu. Adakah kamu rela diri kamu dipertonton & disentuh oleh sebarang lelaki selain suamimu? Bayangkan jika itu terjadi pada anak perempuanmu, kamu sebagai ibunya, sanggup melihat itu semua?

Di sini yang diberikan contoh hanyalah tujuh persoalan, saya percaya, banyak lagi persoalan terlampau yang tidak mustahil tidak terjangkau difikirkan di luar sana. Hentikanlah. Kepuasan, keadilan & kebenaran yang bagaimaa lagi yang kamu mahukan? Untuk keadilan untuk dirimu, kamu tegar mempersoalkan apa sahaja. TAPI, demi kepentingan agama, adalah kamu setegar itu mencari keadilan?

Islam itu agama yang praktikal, amalkanlah tuntutannya, kamu akan perolehi manisnya hidup ini.

Monday, May 16, 2011

Iman Kukuh Dalam Tubuh Lumpuh

Seorang lelaki penduduk Madinah bernama Muq'ad seorang yang lumpuh kakinya. Keadaannya menyebabkan beliau tidak dapat bergerak & hanya mengharap bantuan keluarganya.
Bagaimanapun, Muq'ad tidak sunyi dari mengikuti & mendengar serta mengambil tahu perkembangan Islam & perjuangan kaum Muslimin yang dipimpin oleh Rasulullah saw.
Walaupun beliau tidak dapat berbuat banyak perkara terhadap perjuangan Islam, namun hatinya mencintai Allah & Rasul dalam kemampuan yang ada padanya.

Imannya begitu kuat berkeinginan menyertai Nabi saw sebagai seorang Muslim, tetapi tenaganya tidak ada.

"Bawalah (dudukkan) aku di pinggir jalan yang dilalui Baginda saw bila Baginda saw ke masjid" demikian dia menyuruh keluarganya membantu.

Permintaannya dilaksanakan & didudukkan ia di pinggir jalan laluan Nabi saw. Tidak dapat dibayangkan betapa rindunya beliau hendak melihat wajah Rasulullah saw & ingin mendengarkan suara Baginda saw. Walau berapa lama sehingga Nabi saw lalu di situ, beliau tetap menunggu kerana baginya menunggu itu sudah cukup untuk menyejukkan perasaannya.

Keadaan perihal Muq'ad ini diketahui & dirasanya oleh Baginda saw, maka apabila melalui jalan itu, Baginda saw akan mengucapkan salam kepadanya. Betapa besar rasa dihatinya apabila Nabi saw bersalaman & mendengar ucapan salam dari manusia agung itu kepadanya walaupun pertemuan itu hanya sepintas lalu. Begitulah setiap hari pergi & balik Nabi saw akan mengucapkan salam kepadanya. Setelah selesai pertemuan, Muq'ad akan dibawa pulang keluarganya.

"Demi Allah, aku tidak akan pulang lagi" kata Muq'ad.

"Tolong dirikan aku pondok, selama Rasulullah saw masih hidup, aku tidak akan pergi lagi dari sini" permitaan itu diminta kepada keluarganya.

Permintaan beliau ditunaikan & tinggallah beliau di sana dengan hati yang penuh kegembiraan. Demikianlah besarnya & murninya hati Muq'ad oleh kecintaan yang amat besar kepada Nabi saw.

Nabi saw mengetahui semua hal Muq'ad itu, dan setiap kali Baginda saw melintasi jalan itu, Baginda saw akan singgah kepadanya & mengucapkan salam & digembirakan hatinya. Malahan jika Nabi saw mempunyai makanan yang baik & lazat, akan dikirimkan kepadanya. Allah swt jua yang lebih mengetahui betapa gembiranya Muq'ad mendapat perhatian dari Nabi saw. Dalam keadaan yang lumpuh, hanya inilah ubat yang baik untuk jiwanya.

Demikianlah masa berlalu, dan sampailah masanya Muq'ad pergi pulang kembali kepadaNYA. Kematiannya diberitahui kepada Nabi saw & Baginda segera ke tempatnya dengan penuh keharuan. Beberapa orang sahabat bersama dengan Baginda saw bagi melepaskan hamba ini ke alam barzakh.

"Seorangpun tidak dibenarkan mendekati tempatnya selain dari aku" demikian Nabi saw berkata kepada sahabat-sahabat.

Nabi saw pun segera masuk ke dalam pondok Muq'ad & Baginda saw melihat Malaikat Jibril sudah ada dekatnya.

"Wahai Rasulullah saw, Sekiranya engkau tidak datang, maka kamilah yang akan menyelenggarakan mayatnya. Tetapi kerana engkau sudah datang, maka engkaulah yang lebih utama menguruskannya" demikian kata Jibril kepada Nabi saw.

Akhirnya, Nabi saw dibantu dengan para sahabat yang ada menguruskan jenazah Muq'ad. Sempurnalah jenazah Muq'ad menuju ke alam Baqa' dengan iman yang unggul berada di dalam badan yang lumpuh.

Baginda saw telah memperlihatkan kasih sayang kepadanya dalam bentuk lain dari yang lain. Ini disebabkan Muq'ad adalah orang yang lumpuh badan secara luarannya, namun imannya tidak lumpuh. Jiwanya hidup dengan mencintai Allah & RasulNYA lebih dari segala-galanya. Berbahagialah orang yang lumpuh jasmani tetapi tidak lumpuh iman dibandingkan dengan jasmani yang sempurna tetapi lumpuh imannya.

Saturday, May 14, 2011

Never Forget

Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah

When youre walking down the street
And you see the clouds in the sky
Praise Him and always repeat
The name of The Most High
And say with every heartbeat
La ilaha illa Allah

Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah

No matter where you are or what you do
Remember Allah is watching over you
He's the Light of Heavens and Earth
He's the first, and He is the last
Obey Him and always say
La ilaha illa Allah

Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
Never forget to say
La ilaha illa Allah

Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah

La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah
La ilaha illa Allah

Album: Beloved
Munsyid: Mesut Kurtis (ft. Maher Zain)

Sunday, May 8, 2011

Sanggul: Apa tujuan anda memakainya?


Dari Abu Hurairah, katanya Rasulullah saw bersabda:

"Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka, keduanya belum pernah aku lihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cambuk bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, wanita yang berpakaian tapi telanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, mengayunkan-ayunkan bahu.
Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (ponok unta yang condong).
Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sesungguhnya bau harum syurga itu sudah tercium dari jarak perjalanan sekian & sekian (jarak jauh).
(HR Muslim)

Selembut Salju

Cinta sesama makhlukNYA bukan keutamaan dalam hidup. Jangan sebab cinta itu, kita melakukan dan berfikir pelbagai perkara lagha. Kan lebih baik kalau bersederhana sahaja. Maksudnya, cintakannya secara sewajarnya seorang lelaki sayang seorang perempuan tapi janganlah pula melebih-lebih dalam menunjukkan sayang itu.
Jika ditunjukkan secara berlebbihan, bagaimana keadaannya 20 tahun akan datang? Adakah masih sama? Begitu pasti?
Jangan sampai kasih itu hilang. Hari demi hari, bulan demi tahun sampai usia tua kalau kekal bersederhana, Insya-Allah..kasih itu sentiasa mewangi dengan dipayungi RahmatNYA.

Saturday, April 23, 2011

Damba Kasih

Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun

Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
Itu yang ku dambakan
Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..


Album: Damba Kasih
Munsyid: In Team

Destinasi Cinta

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah.....


Munsyid: Mestica

Setanggi Syurga

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Tersiksa jiwa merindu
Bagai terkurung dibasah tengkujuh
Kewangian aroma bunga
Tak menggugah keteguhan iman

Cinta tak pernah terbunggar dan terlebur
Pada redup renung mata yang menipu
Tuntas ku mendaki
Puncak cinta teragung

Izinkan aku melafazkan kata
Bicara hati yang mudah diterjemah
Betapa aku gerun pada teduh untuk bernaung
(Kerna awan itu rapuh)

Bahagia buat mereka
Yang bertemu cinta yang teragung
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi

Dendam tak marak menyala dan membakar
Oleh putih salju yang berguguran
Kerna dosa itu
Lebih hitam dan kelam

Ku anyam rindu menjadi hamparan
Kerna ku pasti adanya pertemuan
Di sana nanti bukti cinta suci dilafazkan
Tak bertemu pengucapan

Percaya kata janjiMu
Kerna ku yakin apa di genggamMu
Keharuman setanggi syurga
Bukan kilauan sebilah belati

Kata janjiMu...
Seharum setanggi syurga


Album: In Team '04
Munsyid: In Team

Ya Rasulallah

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kutatap wajahmu
Kan pasti mengalir air mataku
Kerna pancaran ketenanganmu

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kukucup tanganmu
Moga mengalir keberkatan dalam diriku
Untuk mengikut jejak langkahmu

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Tak pernah kutatap wajahmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kami rindu padamu.....

Allahumma sholli 'alaa Muhammad
Ya Robbi sholli 'alaihi wassalim

Alangkah indahnya hidup ini
Andai dapat kudakap dirimu
Tiada kata yang dapat aku ucapkan
Hanya Tuhan saja yang tahu

Kutahu cintamu kepada ummat
Umati umati
Kutahu bimbangnya kau tentang kami
Syafa'atkan kami

Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Terimalah kami sebagai umatmu
Ya Rasulallah, Ya Habiballah
Kurniakanlah syafa'atmu


Album: Senyum
Munsyid: Raihan

Pemergianmu

Kau masih tersenyum mengubat lara
Selindung derita yang kau rasa
Senyuman yang mententeramkan
Setiap insan yang kebimbangan

Hakikatnya tak tertanggung lagi derita
Dipangkuan isterimu Humaira
Menunggu saat ketikanya
Diangkat rohmu bertemu Yang Esa

Tangan dicelup di bejana air
Kau sapu dimuka mengurangkan pedih
Beralun zikir menutur kasih
Pada umat dan akhirat

Dan tibalah waktu ajal bertamu
Penuh ketenangan jiwamu berlalu
Linangan air mata syahdu
Iringi pemergianmu

Dan sukarnya untuk umat menerima
Bahkan payah untuk Umar mempercaya
Tetapi iman merelakan jua
Bahawa manusia kan mati akhirnya

Tak terlafaz kata menyingkap hiba
Gerhanalah seluruh semesta
Walaupun kau telah tiada
Bersemarak cintamu selamanya

Ya Rasulallah
Kau tinggalkan kami warisan yang abadi
Dan bersaksilah sesungguhnya
Kami merinduimu...


Album: Tiada Lagi Kasih
Munsyid: In Team

Saturday, March 12, 2011

Hati Ini Ingin Sepertinya...

Insya Allah, rasanya nama salah seorang sahabat di zaman Baginda saw, Bilal bin Rabbah r.a. cukup dikenali dikalangan muslimin hari ini, Insya Allah. Seperti yang dicatatkan dalam sejarah Islam, Bilal r.a. mempunyai warna kulit yang hitam, merupakan seorang hamba sahaya kepada kafir Quraisy sebelum keislamannya.

Walau begitu, beliau merupakan salah seorang sahabat yang rapat dengan Baginda saw, alangkah bertuahnya beliau kerana dapat mendampingi junjungan besar kita, Nabi Muhammad saw. Sepanjang hidup selepas keislamannya, beliau mendamparkan diri untuk menegakkan Islam. Ke mana sahaja, beliau akan sentiasa bersama Baginda saw, tidak kira ketika solat mahupun berjihad. Beliau juga merupakan seorang mu'adzin (juru-azan) di Masjid Nabawi. Sebaik Masjid Nabawi dibangunkan, beliau merupakan orang pertama yang mengumandangkan azan dalam sejarah Islam. Beliau tetap setia dengan rutinnya itu sehingga sampai saat ketikanya Baginda saw pergi untuk selama-lamanya.

Kecintaan & kerinduan beliau kepada Baginda saw benar-benar mendalam. Kerana rindunya kepada Baginda saw, setiap kali ingin mengalunkan azan, apabila tiba untuk menyebut nama Baginda saw, beliau terhenti kerana tidak sanggup untuk meneruskannya. Kerinduan beliau benar-benar mendalam sehingga beliau tidak mahu lagi mengumandangkan azan & keluar dari kota Madinah sehingga beberapa lamanya.

Pada suatu hari, beliau bermimpi didatangi Baginda saw. (Sesungguhnya kata-kata Nabi saw itu benar, mimpi bertemu Baginda saw juga adalah benar). Dalam mimpi itu, Baginda saw bertemunya dan bersabda kepadanya: "Wahai Bilal, apakah yang menghalangimu dari menziarahiku?". Sebaik bangun dari tidurnya, beliau menangis teresak-esak.

Sesegera beliau pulang ke Madinah & menziarahi Baginda saw. Di sana, beliau bertemu dengan Hasan & Husin, cucu Baginda saw. Mereka memujuk agar Bilal r.a. kembali mengumandangkan azan. "Apabila aku melihat kamu, aku ternampak orang yang aku benar-benar kasihi & sesungguhnya aku tidak mampu menolak permintaan orang yang aku kasihi".

Sebaik Bilal r.a. mengalunkan azan, seluruh penduduk Madinah benar-benar terkejut. Mereka terkejut kerana suara yang mengalunkan azan itu adalah suara ketika zaman Rasulullah saw masih lagi hidup. Pelbagai percakapan yang timbul, sehingga ada yang mengatakan, adakah Nabi saw telah hidup semula? Subhanallah, begitu bertuahnya para sahabat dahulu, kehidupan & rutin mereka dikaitrapatkan dengan junjungan besar Nabi Muhammad saw.

Para wanita keluar dari rumah mereka, & mereka mengalirkan air mata kerana terlalu terharu & suara itu mengingatkan mereka kepada seseorang yang yang telah tiada, yang benar-benar dirindui mereka.

Subhanallah...

Monday, March 7, 2011

Perasaan Ujub Yang Lebih Merbahaya Dari Ujub Yang Biasa


Kelas agama yang baru dihadiri baru-baru ini memberi satu lagi ilmu yang boleh dijadikan guideline untuk diri & seluruh Muslimin & Muslimat, Insya Allah.

Dicontohkan dengan satu keadaan supaya mudah difahami:
"Seorang hamba Allah ingin menunaikan solat fardhu Isyak di surau perumahannya. Dia ingin mengenakan jubah. Tetapi dalam hatinya terdetik takut kalau2 orang akan mengatanya 'alim kerana mengenakan jubah untuk ke surau mengerjakan solat. Kerana tidak mahu diperkatakan demikian, hamba Allah ini telah membatalkan niatnya yang baik itu".

Sebenarnya perasaan itu yang telah membatalkan niatnya itu merupakan satu perasaan ujub (penyakit hati) yang lebih hebat dari sifat ujub yang biasanya.
Jika telah terlintas untuk melakukan perkara-perkara yang baik, tidak perlulah memikirkan apa orang kata. Yang penting, tetapkan niat melakukan itu adalah kerana Allah swt. Jangan takutkan kata-kata orang, sebaliknya ingatkanlah pesanan Imam kita, Nabi Muhammad saw & amaran Allah swt...

Saturday, January 29, 2011

Open Your Eyes

Dengan kurniaan mata, akal fikiran, pendengaran...
Bukakan sebesar-besar mata hati kita...
Insya Allah, kita mampu melihat kebesaranNya...

Dendam luar biasa Abdullah bin ‘Ubai

Abdullah bin ‘Ubai adalah seorang munafik Madinah yang menyimpan dendam yang begitu luar biasanya terhadap Islam. Dia sering mencetuskan rasa ragu-ragu dalam hati kaum Muslimin dengan kata-kata hasutannya.
Antara peristiwa yang hampir-hampir mencetuskan penentangan dalaman kaum Muslimin antara kaum Ansar & Muhajirin adalah ketika dalam perjalanan Nabi saw bersama kaum Muslimin lain ke arah suku Bani Mustaliq untuk menyiasat keadaan mengatakan kaum itu mahu mengepung Madinah.
Dalam perjalanan, Abdullah berpidato, “Semua ini hasil perbuatan kita sendiri. Kita member tempat kepada orang asing dari Makkah itu di negeri kita dan melindunginya dari musuh. Keadaan kita sesuai dengan pepatah, ‘Peliharalah anjingmu, maka ia akan menggigitmu’. Demi Allah! Bila kita kembali ke Madinah, orang yang terkuat terhormat Madinah harus menghalau mereka yang lemah dan hina (menghalau kaum Muhajirin).
Bagi mereka yang masih kuat semangat kekauman, kesukuan, Jahiliyahnya telah membawa kesan dalam diri mereka. Dalam kelompok mereka itu, Zaid bin Arqam mendengar pidato Abdullah itu berkata, “Demi Allah! Engkau orang yang licik lagi rendah. Engkau orang yang tidak akan mendapat tempat di kerabatmu, sementara Nabi Muhammad saw adalah orang yang terhormat di antara kaum Muslimin, dan hati mereka penuh cinta kepadanya.”
Lantas Zaid menceritakan kejadian itu kepada Nabi saw. Untuk mengawal kemarahan kaum Muslimin, terutama kaum Muhajirin, Nabi saw menolak ucapan Zaid sampai tiga kali, “Mungkin kamu keliru. Boleh jadi kemarahan yang mendorong kamu mengatakan itu. Mungkin ia hanya anggap kamu rendah dan bodoh. Tidak lebih dari itu.”
Umar bin Khattab meminta izin Nabi saw untuk membunuh Abdullah tetapi dilarang Nabi saw, “Tidak layak melakukan itu, kerana orang akan berkata, ‘Muhammad membunuh sahabatnya sendiri.’
Punca utama dendam Abdullah bin ‘Ubai
Usaid datang kepada Nabi saw, “Wahai Nabi yang mulia! Kekuasaan ada di tangan tuan. Tuan dapat menyingkirkannya. Tuan dicintai & dihormati, sementara ia hina dan rendah. Berlaku lunaklah kepadanya, kerana ia pihak yang kalah. Sebelum tuan berhijrah ke Madinah, suku ‘Aus dan Khazraj telah sepakat menjadikannya penguasa Madinah, dan sedang merancang mengumpulkan permata untuk dipasang pada mahkotanya. Namun, dengan kedatangan kaum Muslimin, kedudukannya berubah. Orang meninggalkannya. Ia menganggap tuanlah penyebab semua itu.”
Bagi mengelakkan pertempuran dalaman antara kaum Muslimin berlaku, Nabi saw mengarahkan perjalanan diteruskan walaupun sebenarnya belum saatnya mereka bergerak dari berhenti berehat. Perintah berangkat dikeluarkan. Tentera Islam meneruskan perjalanan 24jam tanpa henti kecuali berhenti untuk solat. Pada hari kedua, di saat udara sangat panas dan semua telah kehabisan tenaga untuk meneruskan perjalanan, mereka berkhemah. Begitu turun dari tunggangan, mereka semua tidur kerana keletihan. Seluruh kenangan pahit lenyap dari fikiran mereka dan dengan itu pertikaian mereka seolah-olah terkubur.
Itulah tujuan Baginda saw mengarahkan perjalanan diteruskan dengan tiba-tiba.

Terjadinya perag Ahzab pada tahun kelima Hijriah ada pencetusnya. Dan Nabi saw telah menghukum para pencetusnya dengan mengeluarkan mereka dari wilayah kaum Muslimin sesudah pasukan Ahzab bersurai. Hay bin Akhtab, salah seorang dari mereka telah dihukum bunuh. Tetapi kawannya, Sallam bin Abi al-Haqiq masih berada di Khaibar. Dengan itu, Nabi saw mengutus beberapa perajurit Khazraj untuk membunuh penjahat itu, dengan syarat mereka tidak boleh mengganggu keluarganya (Sallam bin Abi al-Haqiq).
Perajurit-perajurit itu tiba di Khaibar pada waktu malam. Setiba mereka di sana, mereka mengunci pintu-pintu jiran sebelah menyebelah Sallam bin Abi al-Haqiq dari luar, agar mereka tidak dapat keluar jika mereka terdengar suara. Melalui tangga, mereka tiba di lantai tempat tinggal Sallam, lalu mengetuk pintu. Isterinya keluar menanyakan kedatangan mereka. Mereka menjawab, “Kami dari kalangan Arab, ada urusan dengan sang pemimpin, hendak membeli gandum.”
Si isteri membuka pintu lalu menghantarkan mereka ke bilik Sallam, yang ketika itu sedang tidur. Mereka segera memasuki bilik, menutup pintu dan membunuh orang yang merbahaya itu, yang sudah sekian lama mengganggu ketenangan kaum Muslimin. Selepas menyempurnakan tugas itu, mereka turun dan bersembunyi di saluran air diluar benteng.
Jeritan isteri Sallam membangunkan jiran-jiran. Mereka mengejar perajurit-perajurit Khazraj itu dengan lampu, namun mereka tidak menemukan jejak. Akhirnya mereka pulang. Salah seorang dari perajurit itu menyusup di antara kaum Yahudi bagi memastikan Sallam benar-benar sudah mati. Ia bergabung dengan kaum Yahudi mengelilingi Sallam. Melihatkan wajah Sallam, ia yakin bahawa Sallam sudah mati. Si Muslim itupun kembali kepada kawan-kawannya yang lain menceritakan keadaan yang sebenarnya. Maka, mereka kembali ke Madinah lalu menceritakan segala kejadian kepada Nabi saw.

Gurau senda dan olok-olok


Ramai orang zaman sekarang sukar membezakan antara gurau senda yang disyariatkan dengan gurau senda yang bersifat mengejek orang lain (mengolok-olokkan). Mereka tidak tahu dua visi dan telah menjadikan satu bentuk. Tentu saja ini kesalahan yang nyata dipandang di sisi syariat.
Gurau senda adalah sesuatu yang dianjurkan terhadap saudara, rakan dan kawan selagi tidak ada kata-kata yang menyinggung perasaan, tidak menyakiti, tidak menuduh, tidak mendatangkan kesan buruk dan tidak merendahkan martabat orang lain. Tujuan gurau senda adalah untuk melepaskan beban hati dari keletihan dan kepenatan setelah penat bekerja.
Namun begitu, terlalu banyak bercanda mampu menurunkan wibawa dan mengurangi karisma. Boleh bercanda selagi dimaksudkan untuk mencipta hubungan yang mesra, tawaduk di hadapan orang, menimbulkan kesenangan di hati orang, menyingkirkan ketegangan antara mereka, tanpa harus menyinggung kehormatan sesiapapun.
Gurau senda dengan anggota keluarganya dan bersikap ramah terhadap mereka merupakan satu dari jati diri seorang Muslim dan akhlak para nabi. Umar al-Khattab pernah berkata, “Seorang lelaki di tengah-tengah keluarganya, hendaklah menjadi anak-anak kecil. Tetapi jika dicari apa yang ada di dalam dirinya, maka nampak dirinya sebagai orang dewasa.”
Makanya, selidikilah diri sendiri. Adakah kita sering berada dalam kelompok gurau senda yang disyariatkan ataupun sebaliknya. Hanya kita dan Dia sahaja yang tahu apa yang ada di dalam hati kita 

Kerana Iman Seorang Gadis


Seorang dari golongan Ansar yang tidak menarik rupanya serta berbadan pendek, Julaibib namanya. Beliau bukan dari golongan keluarga terkenal, maka agak sukar baginya mendapatkan jodoh. Walaupun beliau suka mendekati dan berbicara dengan wanita, tetapi tiada siapa mahu menerimanya sebagai suami atau menantu. Keadaan ini diketahui oleh Nabi saw, dan telah menjadi bahan fikiran Baginda saw kerana manusia normal seperti Julaibib harus berumahtangga. Lalu Baginda saw mencarikan jodoh kepada Julaibib.
“Wahai Fulan, engkaukan kahwinkan aku dengan anak gadismu,” kata Nabi saw kepada seorang sahabat.
“Baik, dengan segala senang hati,” jawab sahabat itu.
“Tetapi bukan untukku,” kata Nabi saw lagi.
“Untuk siapa?” tanya sahabat tadi seakan terkejut.
“Julaibib,” jawab Nabi saw.
“Ya Rasulullah, baiklah aku berunding dengan ibunya terlebih dahulu,” jawab sahabat itu.
Ia pun segera pulang ke rumahnya. Dalam hatinya timbul rasa serba salah. Jika isterinya menolak, tentu tidak baik bagi orang mukmin. Tetapi jika isterinya menerima, berat juga bermenantukan seorang seperti Julaibib yang akan menjadi perbicaraan orang ramai.
“Nabi meminang anak engkau,” kata sahabat kepada isterinya.
“Dengan segala senang hati,” jawab isterinya.
“Tetapi bukan untuk Baginda, untuk Julaibib,” jawab sahabat.
“Untuk Julaibib? Aku tidak akan mengahwinkan anakku dengan beliau, demi Allah!” jawab isterinya dengan tegas sekali.
Setelah demikian jawapan isterinya, sahabat tadi ingin bertemu Nabi saw, tetapi sebelum berbuat demikian, telah berlaku sesuatu yang tidak terduga sama sekali.
Anak gadisnya telah mendengar perbicaraan orang tuanya dan keputusan menolak Julaibib itu sebenarnya menolak ketentuan Rasul
“Apakah ayah dan ibu menolak keputusan Rasulullah?” demikian anak itu bertanya kepada kedua ibu bapanya.
“Beritahu kepada Nabi, aku menerima pinangannya Julaibib, kerana Baginda tidak akan sesekali membiarkan aku tersia-sia,” selanjutnya dengan tegas sekali jawapan anak gadis itu.
Nabi saw pun mengahwinkan Julaibib dengan gadis itu. Sesungguhnya gadis itu mempunyai pandangan jauh serta iman yang tinggi. Beliau tidak memandang tentang rupa yang tidak disukai orang tetapi sebenarnya menghargai ketentuan Nabi atas dirinya. Rasulullah saw lebih tahu hal ini dan dia yakin ianya tidak akan membuat dirinya terhina. Demikian contoh gadis dengan rasa keimanannya yang menghargai ketentuan agamanya lebih utama.
“Ya Allah, limpahkan keberkatanMu ke atas gadis ini dengan sepenuhnya dan janganlah Engkau biarkan hidupnya dalam susah payah,” demikian Nabi saw mendoakan untuk gadis itu.
Pernikahan itu diselesaikan dan kedua mereka dipertemukan oleh Nabi saw. Sesungguhnya kejadian ini sangat besar ertinya sehingga para sejarawan tidak menyebut nama gadis itu serta kedua ibu bapanya. Biar siapa pun nama gadis ini, apa yang penting yang perlu dicontohi kita adalah nilai keimanan yang tinggi dalam dirinya. Sejarah hanya mengenali kemurniaan gadis itu dari doa Nabi saw untuknya.
Julaibib ini sebenarnya seorang pahlawan unggul walaupun berwajah hodoh. Beliau akhirnya gugur sebagai syahid dalam satu peperangan dan baginda sendiri yang menyempurnakan jasadnya. Isterinya pula menjadi janda terhormat di kemudian harinya. Kedua pasangan ini mendapat penghargaan dari Nabi saw iaitu suaminya kerana keberaniannya manakala isterinya dengan nilai keimanannya.