Monday, March 7, 2011

Perasaan Ujub Yang Lebih Merbahaya Dari Ujub Yang Biasa


Kelas agama yang baru dihadiri baru-baru ini memberi satu lagi ilmu yang boleh dijadikan guideline untuk diri & seluruh Muslimin & Muslimat, Insya Allah.

Dicontohkan dengan satu keadaan supaya mudah difahami:
"Seorang hamba Allah ingin menunaikan solat fardhu Isyak di surau perumahannya. Dia ingin mengenakan jubah. Tetapi dalam hatinya terdetik takut kalau2 orang akan mengatanya 'alim kerana mengenakan jubah untuk ke surau mengerjakan solat. Kerana tidak mahu diperkatakan demikian, hamba Allah ini telah membatalkan niatnya yang baik itu".

Sebenarnya perasaan itu yang telah membatalkan niatnya itu merupakan satu perasaan ujub (penyakit hati) yang lebih hebat dari sifat ujub yang biasanya.
Jika telah terlintas untuk melakukan perkara-perkara yang baik, tidak perlulah memikirkan apa orang kata. Yang penting, tetapkan niat melakukan itu adalah kerana Allah swt. Jangan takutkan kata-kata orang, sebaliknya ingatkanlah pesanan Imam kita, Nabi Muhammad saw & amaran Allah swt...