Thursday, July 22, 2010

Dialog Antara Guru & Murid...Qada & Qadar

Dialog antara guru & muridnya ini tentang qada & qadar. Suatu hari, murid tersebut memberanikan diri untuk bertanya kepada gurunya, kerana pertanyaan ini sudah lama terpendam dalam hatinya.

Murid : Wahai guru, anda sering menyampaikan kepadaku tentang sesuatu yang menarik. Sehingga akhirnya aku ingin menanyakan sesuatu kepadamu.

Guru : Apakah yang hendak kamu tanyakan?

Murid : Mengapa Allah swt menciptakan hidayah? Pada bahagian yang lain Dia juga menciptakan kesesatan. Mengapa Dia tidak menciptakan hidayah sahaja? Mengapa Allah mentakdirkan sesuatu kaum merasai kebahagiaan, manakala sesuatu kaum yang lain mengalami kesengsaraan? Mengapa tidak menciptakan kebahagiaan sahaja? Mengapa Allah menciptakan syurga & neraka? Mengapa tidak diciptakan syurga sahaja? Dosa apa yang ditakdirkan sehingga seseorang menjadi tersesat & sengsara?

Mendegar pertanyaan yang begitu lebar, guru tersebut berusaha untuk menjawab dengan yang paling mudah, agar mudah muridnya memahami.

Guru : Sesungguhnya, masalah yang kamu tanyakan itu berkait rapat antara Khaliq & makhluk. Yang pertama akan kita bicarakan adalah masalah yang berkait rapat dengan makhluk. Masalah ini sesungguhnya berkait erat dengan diri kita sendiri & lebih dekat dengan pancaindera kita. Menurutku, manusia mempunyai akal. Dengan akal, ia dapat membezakan mana yang baik & mana yang buruk. Dengan akal juga, timbullah pembebanan hukum. Beerti, orang yang berakal itu mukallaf (dibebani hukum). Maka, tidak ada taklif (hukum) terhadap orang gila & anak kecil kerana mereka tidak memiliki akal yang sihat.

Guru tersebut meneruskan.

Guru : Pada bahagian yang lain, kita mempunyai kebebasan. Ini tidak boleh dijangka oleh orang yang berakal. Dia berdiri, duduk, bahkan pergi & kembali lagi kerana kebebasannya. Dia melakukan ketaatan sekiranya mahu & boleh melakukan kebebasan melakukan maksiat jika mahu. Dengan demikian, dia tidak boleh berdalih hanya kerana takdir.

Murid : Bagaimana jika manusia berdalih dengan mengatakan segala sesuatu itu adalah kerana takdir?

Guru : Jika dia tetap berdalih pada takdir, kemudian potensi dirinya akan diketepikan. Cuba jika pukul sahaja dirinya atau kita perlekehkan harga dirinya, apa reaksinya? Atau kita katakan sahaja kepadanya, bahawa kita memukulnya adalah kerana takdir Allah. Kita tidak menolak terhadap sesuatu yang telah ditentukan. Maka, jika ia tetap membela diri kerana takdir, jelas ia kalah dengan hujah kita.

Murid : Bagaimana jika kita menyuruh orang lain agar taat, tetapi ia menjawab bahawa dia akan taat jika Allah mentakdirkannya taat, & Allah memberinya petunjuk?

Guru : Jika demikian, katakan sahaja kepadanya: Sesungguhnya masalah petunjuk itu sama seperti rezeki. Allah swt Maha Pemberi Rezeki. Jika engkau hanya menunggu petunjuk dari Allah, tanpa berusaha sama sekali, maka sama halnya engkau menunggu rezeki jatuh dari langit. Engkau duduk sahaja & tutup pintu rumahmu, apakah rezeki akan datang kepangkuanmu?

Guru tersebut meneruskan penerangannya.

Guru : Jika kamu berkata demikian, pasti orang itu akan menolaknya. Dia akan mengatakan: Sudah tentu manusia akan berusaha & berikhtiar mencari rezeki.
Jika pengakuannya demikian, maka hujahnya tentang hidayah atau petunjuk bergantung kepada takdir sudah tidak boleh diterima akal. Terhadap orang yang menyerahkan semuanya kepada takdir, tidak dapat memahami takdir secara benar, maka perlu diberi contoh yang lebih kukuh & tepat. Cuba suruh ia pegang api, lalu katakan: Jika api ini ditakdirkan membakar tanganmu maka engkau akan terbakar. Jika ditakdirkan tidak terbakar, tanganmu tidak akan merasa panas. Maka tentu ia akan menolak permintaan kita. Maka, di sinilah makna qada & qadar. Sesungguhnya, takdir itu ada sebab, punca & akibatnya. Jika engkau ingin ditakdirkan kaya, maka harus menempuh segala puncanya. Apakah puncanya? Engkau harus bekerja kerasa & berhati-hati dalam membelanjakan harta. Jika engkau ingin ditakdirkan mendapat hidayah, maka engkau harus berjuang dengan melakukan segala amalan yang mulia & menghindari kemaksiatan. Jika engkau ingin ditakdirkan masuk ke syurga, maka tempuhlah jalan yang lurus & jangan derhaka kepadanya.

-Dipetik: penulisan Fatimah Hj Omar